BEN ASHAARI

Wednesday, November 12, 2008

PUCUK PAKU GORENG BELACAN

Pucuk Paku Goreng Belacan

Jom makan pucuk paku, sayur kampung yang agak popular dan mudah didapati..Tumbuh melata di kebun2 kelapa sawit, terutama kawasan bertanah gambut, kalau payah nak dapat, ada juga dijual dipasar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 -3 cekak pucuk paku
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
1 biji cili merah*
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*
1 camca teh garam kasar*(*bahan rencah)
Sedikit kicap cair dan gula
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun pucuk paku dari tangakinya, cuci dan toskan. Tumbuk lumat bahan rencah dan ceduk keluar dari lesung batu. Tuang 1/2 cawan air dalam lesung, cuci dan ambil airnya (air lesung). Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rencah tadi hingga harum, masukkan air lesung dan bawang besar hiris. Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan pucuk paku, besarkan api dan kacau pantas. Tambah secubit gula dan kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair, kacau lagi dan bila sayur layu, boleh matikan api. Hidangkan panas2...

3 comments:

zaitgha said...

mat,

this is Dato's favorite, but i used dried shrimp i/o ikan bilis....

esok kena gi belik pucuk paku la pulak he he....Dato' baru balik dari Yokohama, kemaruk makanan kita ha ha ha...kesian kan?

RaYaLaRa said...

pakis merah juga lazat dimasak asam rebus dengan nenas.
hanya tumbuk bawang merah, putih,lada merah, titikkan halia n serai dan air asam jawa, garam dan gula.

tapi menjadi favourite saya bila ditambah dengan ikan kisi yang telah siap di garam dan dikunyit..

kalau suka boleh lah ditambah daun kesum atau bunga kantan.

tapi saya lebih suka menikmati perasa nenas yang asli tanpa diganggu oleh bau bahan2 tadi.

Jemari Amatur said...

sorry, pucuk paku bukan yang bergulung2 tue ke? confuse Jemari...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.