BEN ASHAARI

Tuesday, November 4, 2008

MEE HOON SUP.....LAGI!!!

Mee Hoon Sup

Jemput makan mee hoon sup semua..Petang2 macam ni kan, memang sesuai lahh makan menu macam tu...Paling mat suka dapat hirup sup dia tu hangat2, kena pulak dengan sambal kicap yang pedas lagi berapi tu..haiyooo kadawalee...berasap telinga!!!!, nasib baik bomba tak datang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang
300 g udang
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan hiris menyerong setiap belahan
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 ketul kiub tulang rusuk "MAGGI"
6 kuntum cendawan butang, hiris nipis
4 biji telur
1 batang leek, hiris nipis
4 biji bawang putih, diketul
1 inci halia, diketuk
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN LAIN :-)
Mee Hoon yang siap dicelur
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUTANYA :-)
  1. Hiris nipis daging batang pinang, cuci dan toskan. Kupas udang, cuci isinya dan toskan, cuci kulit udang dan rebus 20 minit dengan 1 liter air. Tapis untuk stoknya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan lobak merah hiris dan leek. Masak hingga layu dan tuang stok udang.
  3. Masukkan daging dan kiub tulang rusuk. Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan cendawan, udang dan serbuk lada hitam. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga keras.
  4. Tambah air jika perlu dan masukkan garam secukup rasa. Tuang minyak bijan dan masukkan belahan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  5. Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup dengan isi2nya, tabur hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap. Hidangkan segera....
  6. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk 10 - 15 biji cili padi, 2 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 2 camca besar gula pasir dan tumbuk lagi. Tuang 1/2 cawan kicap, kacau rata dan hidangkan bersama mee hoon sup.

4 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedapnye nampak bihun sup tu...lagi2 lak ngan persembahan yg menarik...

aFkaR'z said...

macam kat kedai!!!!

Mat gebu order dari kedai erk??

MamaFaMi said...

Mat... kalau agak-agak mangkuk Mat tu saiz S, kalau nak hidang kat ma, buat 3 mangkuk eh. Idak ler, beritahu awal-awal, kot ler ma tersinggah rumah Mat ke, Mat tahulah cam mana size serving untuk ma ni.. ahakss... ampun.. pelahapnya!

Syibly... said...

Salam Abg Mat, sedapnya nampak resepi ni...wajib cuba nanti...by the way ada typing error..."CARA MEMBUTANYA :-)" mesti dah penat tu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.