BEN ASHAARI

Wednesday, November 19, 2008

LABU MASAK LEMAK

Labu Masak Lemak

Musim hujan2 ni, atas permintaan, mat pun masak lah lemak labu campur dengan pucuk manis....Pastu goreng ikan masin, sambal belacan dan ada ulam petai atau jering.....Haiyooo!!!....tatau nak kata apa dahh....nasi pulak berasap2...memang sedapp kannnn!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan
700 ml santan cair
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
  4. Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang

4 comments:

Ummi said...

Aduhaaiiii mengancam nyawa betul ko ni Mat!!! Akak dah la puasa ni..Kalu ko dekat..memang la sampai pinggan terbang ke rumah ko tau Mat! Bukan nk gaduh pnya, nk mintak gulai ko ni haa..hehe

Mat Gebu said...

kak ummi...
ala..ciannya, kalau dekat boleh tapaw kan, tapi labu tu kurang sedap lahh, agak kasar dan rasa dia kurang lemak, mungkin labu kurang tua..itu pun org bagi..kita ni malas nak cakap apa2, terus masak je..

zaitgha said...

from the picture nampak too clean the labu, i suka yg mushy2 sikit bila dah masak...tapi mat that combo, sambal belacan, ikan masin minus the petai jering tuh mmg best punya....( i tak makan raw petai, dlm sambal tumis ok pulak, jering langsung tak leh telan)

tapi datok tak makan ikan masin for him ikan termenung goreng garing tuh bole la dia tala dlm 3 pinggan ha ha ha tapi tak gomuk gak...hissshhh geram he he

kella said...

Cik mat Gebu! saya telah merujuk pada resepi ini untuk masak lemak labu! sebenarnya tak pernah buat pun, tu yang carik resepi! hubby yang suka sangat makan ni, so tekad untuk buat sendiri je! tapi tak reti, tak pernah buat, so saya ambil resepi ni! Alhamdulillah hubby suka! katanya sedap! mak mertua pun kata sedap! hohoho.. makin naik ler saham kita... hehhe.. terima kasih untuk cik mat gebu! saya minta izin ambil resepi ini untuk disiarkan dalam blog saya ya? terima kasih sangat! :)