BEN ASHAARI

Tuesday, November 4, 2008

KARI UDANG THAI

Kari Udang Thai

Resipi asal dari buku "Sedapnyaaa" oleh Chef Wan....Tapi kan memang sedap lah, rasa dia lain dari yang lain....Mat guna udang galah (udang galah lagiii!!!), yang abah mat pancing Sabtu lepas....Teringat kata "kak jie"...mat gebu sinonim dengan udang galah...ahakss.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g udang galah, dibersihkan
350 g hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
3 helai daun limau purut
2 camca teh sos ikan (nampla)
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar jus limau nipis

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1 cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut (bahagian hijau sahaja)
10 - 15 biji lada hitam biji
2 camca teh jintan manis
1 camca teh belacan
1 1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum. Masukkan nenas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
  2. Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 - 3 minit dan tuang pati santan. Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi. Biar mendidih 1 - 2 minit dan boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..

2 comments:

Dayang said...

wahhhh besauuuu udang tu weiiiii terliuqqqqqq dah niiiiiiiiii

saveme_zero said...

nak skitttttttttt...aisehh meleleh ayak liur...hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.