BEN ASHAARI

Tuesday, November 11, 2008

IKAN MASAK ALA BENGGALI

Ikan Masak Benggali

Malam tadi masa skodeng2 kat blog Rozzan, macam tertarik dengan resipi "ikan masak benggali" dia tu. Dari apa yang rozzan tulis, asal dari mana pun dia tatau dan sudah menjadi kebiasaan keluarga dia makan lauk ni...Kalau nak tau kena lah cuba..betul tak?...Oleh itu mat pun cuba lah dan rasa dia macam kena kat anak tekak ku ini, macam asam pedas tapi sedikit berempah dah agak hangat tapi tak pedas....Tapi pada mat lah, kalau lauk ni tak letak daun ketumbar, dia jadi kurang "kick"....jadi daun ketumbar tu "wajib" lah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kerisi (mat guna 4 keping isi ikan tenggiri)
2 - 3 biji bawang besar, dihiris (kalau bawang tu besar gedabak, guna 1 pun dah ok)
1/2 cawan jus asam jawa
3 - 4 cawan air atau secukupnya
1 cekak daun ketumbah
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
Sayur bendi dan terung secukupnya (tak letak sebab tak de)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 camca besar cili kisar*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar lada hitam biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, buang sisiknya dan potong ikut suka, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan, (mat guna kepingan ikan tenggiri, jadi cuci bersih dan toskan saja). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan harum. Tuang sedikit air dan masukkan daun ketumbar, kacau dan biar sebentar 1 - 2 minit.
  3. Kemudian masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan dan sayur bendi/terung. Kemudian tuangkan jus asam jawa secukupnya, tambah garam dan sedikit gula (jika suka). Masak hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan lagi sedikit hirisan daun ketumbar dan bawang goreng, jika suka.

6 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

lapo.....lapoooooo....sedapnye nampak ikan nih......nanti nak pi cari ikan ahh...tp kena tungga baik batuk dl lh nampak gayanye....

JC said...

Nak tanye kalau buat kek lapis, guna grill mode kan? My oven is the microvawe + grill + oven.. So tak tau guna which one..
Also, do I need to press every layer before tuang another layer kat atas?

Thanks yea..
I'm a beginner..

pixen said...

aduhhh, sedapnyaaaaaaaaaa. Tengok gambar perut dah mula main keroncong ni. Pnadai masak..pandai dlm fotografi pulak tu...2 thumbs up!

Mat Gebu said...

aishah...
U batuk ke, kesiannyaa..tak pe lepas2 tu leh cuba yeaa..

JC...
Terima kasih ketana singgah..Pertanyaan u tu i dah jawab kat blog u yeaa...

Pixen...
Memasak tu tak de lah pandai mana, cuma berdasarkan pengalaman je...gambar pun main tangkap mcm tu aje, i ni tak pandai laa fotografi nihh..

JC said...

oh mat.. Thank you so much ya.. !
I cuba kek lapis minggu ni.. Lepas tu bila i post kat blog, U tengok macam mana kek lapis aku ya? need you to tunjuk ajar.. =)

Ummi said...

Wahh Mat baru semalam jenguk dpur BR tu..ada mcm teringin nk buat gulai ikan ni..tup, tup Mat dah buat..bagi lah akak semangkuk..maleh dah nk buat, terliur sgt tengok ko letak kat sini..huhuuuu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.