GULAI PISANG MUDA & cENDAWAN

Gulai Pisang Muda & Cendawan

Lama betul tak makan gulai pisang, lagi lama tak makan gulai pisang yang dimasak sekali dengan cendawan "terkukur" atau "kulat sisir"....Nak cerita sikit, dulu2 kan kawasan kami yang banyak ditanam pokok getah, mudah tau nak dapat cendawan terkukur, kami siap pi kutip, dapat bertapis2 lagi, sampai boleh berjual, itu cerita dulu masa mat umur 10 -11 tahun, tapi sejak pokok getah diganti dengan pokok kelapa sawit...tak menjamah leer lagi....Yang mat masak ni pun, abah mat beli, adalah dalam 2 cawan = RM5.00!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang muda
2 cawan cendawan terkukur@kulat sisir
3 batang serai, dititik
4 ketul tulang ikan kurau masin
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit hidup*
4 -5 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*
3 biji buah keras*
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas sedikit kulit pisang, hiris sederhana tebal, cuci dan rendam dalam air bersama asam gelugor. Cendawan direndam, buang kotoran dan besihkan. Tos dan perah, tumbuk sedikit, sekadar memar2 sahaja. Cuci tulang ikan kurau masin dan toskan. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam belanga/periuk bersama bahan2 kisar halus, tulang ikan kurau masin dan serai titik, gaul rata dan didih kan 2 - 3 minit. Tuang santan cair dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan cendawan, gaul rata dan masak hingga pisang sedikit lembut. Tuang pati santan dan tambah sedikit garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan/ayam goreng.
CATATAN MAT GEBU :- Garam harus dijaga, kerana tulang ikan masin kurau tu sedia kala mengandungi kadar garam yang tinggi, bila dah lama duduk bertapa dalam gulai, garam dari tulang ikan masin kurau akan keluar dan gulai kita mula terasa masin. Lauk bertambah sedap jika dimakan keesokkan harinya.....

Post a Comment

8 Comments

  1. menggoda betui gulai nih...
    macam sedap je...tapi kite tak pernah lagi mknnye...
    ikan masin karau tu mcm mane ekk?

    ReplyDelete
  2. mat, u pakai pisang apa nih..akak suka sangat kalau pakai pisang lidi..
    satu lagi pasal ikan masin tu, kena rendam dulu dengan air garam ,biar pendatang asing dalam tu keluar...

    ReplyDelete
  3. feveret!!dah meleleh2 dah ni mat oi..

    ReplyDelete
  4. Mat, buat buku la Mat..kita boleh tolong rekomenkan.

    ReplyDelete
  5. ada lagi tak pisang muda tuu?? kot ader..nanti ko bungkus hantar sini sikit ehh :D

    ReplyDelete
  6. aishah...
    Ikan masin kurau tu memang kena kalau dicampur dalam gulai2..terutama tulang dia..ibarat mcm tulang lembu gitu....

    ezza aziz...
    Mat guna pisang kapas..kalau tak de boleh guna pisang emas atau pisang kari (yang muda)....Perihal masin pada ikan tu, boleh juga direndam, tapi mat lagi suka didihkan dengan bahan2 gulai, cuma garan kena jaga laah..

    cabincrew...
    Uikk..jgn leer meleleh air liur, ada kang baju keluar peta..hehehe, nah tissue, cepat lap sebelum terlambat!!

    min...
    Terima kasih banyak2...eh boleh laku ke kalau i buat buku..hahaha, tak terfikir sampai mcm tu min, i suka kongsi2 jeee...terima kasih sekali lagi ek.

    Fidah...
    Weyy pisang muda tu ada lagi (yg lom masak), nanti pos ke aussie eh. 5 tandan cukup ke fidahh???

    ReplyDelete
  7. Salam Mat, sori memalam buta ni jalan rumah Mat...sedapnya gulai pisang muda tu..ada lg x? Rasa lapor lak! Mat nnt dtg rumah kak amik award eh! Jgn lupa tau..

    ReplyDelete
  8. salam kak ummi..uikk ada award yeaa..alah haii...terima kasih yeaa kak...kita ambik nanti..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.