BEN ASHAARI

Wednesday, November 12, 2008

GULAI IKAN NYONYA MANIS

Gulai Ikan Nyonya Manis

Masakan ni lebih kurang ala2 kari, semalam kalau dah masak ikan masak ala benggali, kali ni kita masak ala nyonya peranakan pulak yeaa. Rasa tak pedas, harum dan sedap..boleh makan dengan nasi hangat, lempeng, roti kirai atau pun roti benggali....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping ikan jenahak (atau apa2 ikan pilihan
6 - 7 biji bendi
1 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili merah, dibelah u setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
600 ml santan cair
300 ml santan pekat

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 camca teh jintan manis
1 1/2 camca teh lada hitam
2 biji buah keras
2 batang serai, hiris halus
1 tangkai daun kari, dilurut
10 tangaki cili kering, potong dan rendam 10 minit dalam air panas, toskan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh halba campur
1 tangaki daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci, perap dengan jus lemon dan sedikit garam, perap sekejap, bilas dan tos. Terung, dibuang sedikit kulit, kerat 4 dan belah 2 setiap keratan. Tomato dipotong 3 atau 4 setiap biji. Kacang bendi dicuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing dan terbit minyak. Tuang santan cair dan masukkan jus asam jawa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan dan beri perisa garam dan sedikit gula, kacau perlahan dan tuang santan pekat. Masukkan terung, cili merah dan bendi, masak perlahan hingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Biar mendidih 1 - 2 minit dan rasa, jika ok boleh matikan api...
  4. Hidangkan segera bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman...

1 comment:

Aishah @ UmmiAqil said...

kite berkenan tang bekas yg taruk gulai tu...:D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.