BEN ASHAARI

Friday, November 14, 2008

DAGING GORENG BERSAYUR

Daging Goreng Bersayur

Kes nak perabihkan saki baki khazanah dalam peti sejuk ku yang padat macam Tesco tuuuu.....Kalau nak tambah apa2 sayur lain pun ok, kalau ada saleri atau cendawan butang pun sodapp!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang, hiris nipis*
1 inci halia, ditumbuk halus*
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*
1 camca serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
Beberapa titik minyak bijan
200 g brokoli, dipotong sekuntum2
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan
6 - 7 biji putik jagung, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata
Sedikit garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan masak hingga sayur lembut. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan...

1 comment:

SeCrEt DeLiCiOuS said...

sedapppp oooo.. mmg best!!!! tangkap lentok mkn nie

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.