BEN ASHAARI

Monday, November 10, 2008

BANANA WALNUT YOGURT CAKE

Banana Walnut Yogurt Cake

Sekarang ni kan musim hujan...Mood pun macam malas memanjang..TAPI....kena juga rajin, mana boleh malas2....Oleh sebab kena rajin tu kan, mat pun mencuba lah satu resipi kek pisang yang dicungkil dari blog "Rozzan".....

Banan Walnut Yogurt Cake

Sedap u kek ni (bagi penggemar kek pisang laa...sorry ek makcik Nita yang dok kat Sheffield di UK tuuu...koo suka makan cekodok pisang je kan, jadi kek ni bukan "your cup of tea" lah yea)....Rasa lemak, tak manis dan tatau nak cakap laah beb...Lu cuba sendiri laaa!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega
90 g gula perang (brown sugar)
2 biji telur + 1 camca teh esen vanilla, dipukul sedikit
320 g pisang + 1 camca besar jus lemon, dilecek halus
125 ml yogurt biasa (mat guna yogurt perisa "berries")
1/4 cawan cincangan walnut (nak sedap panggang sekejap)
130 g tepung gandum*
60 g tepung kek*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 1/4 camca teh serbuk kayu manis (mat tak letak)*(*digaul dan diayak)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula perang (brown sugar) hingga putih, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kembang. Pada kelajuan sederhana, masukkan pisang lecek dan yogurt, putar rata.
  2. Perlahan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Tuang ke dalam tin (mat guna tin berukuran 9 x 4 x 3 inci) yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak dan taburkan cincangan walnut.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 55 - 60 minit. Uji dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

1 comment:

The Owner said...

thank u for sharing such lovely pics and recipes :) tiap2 hari i mesti buka ur website for ideas what to cook :) and my cooking is getting better! thanks!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.