BEN ASHAARI

Sunday, November 30, 2008

AYAM REMPAH RANGUP

Ayam Rempah Rangup

Ini sepatutnya dah buat 2 hari lepas, tapi atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, terpaksa lah ditangguhkan....Hari ni pun mat goreng untuk budak2 yang tinggal kat rumah, bila dah buatkan untuk budak, aku pun bedal lah sama......Resipi ada sedikit pengaruh peranakan cina, apa mau buat, dalam waa punya darah sudah ada itu peranakan punya darah maaa!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg peha ayam atau kepak atau bahagian yang berdaging
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 camca teh lada sulah biji*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*
1 biji "bijik" pala (nutmeg)*
2 inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 putih telur, dipukul sedikit
Tepung berperisa secukupnya (mat guna jenama NONA)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, buang kulit (kalau guna kepak ayam tak yah lah buang kulit, nanti nampak macam "seksa" sangat!)...cuci lagi, toskan dan cucuk ayam dengan garfu. Alih kan ayam dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata dan perap sekurang2nya 4 jam, nak sedap, perap semalaman dalam peti sejuk. Boleh juga siapkan awal, dan bekukan dalam freezer.
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Gaulkan ayam bersama putih telur rata2, kemudian golekkan atas tepung berperisa dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan atau hingga ayam masak. Angkat dan toskan.
  4. Mat goreng 4 - 5 ketul je sekali goreng, dan sebab kita guna putih telur saja, ialah untuk mengelakkan minyak gorengan berbuih. Hidangkan ayam dengan sos kegemaran, lagi sedap dimakan dengan sos "piri-piri" Nandos!!!!...

1 comment:

Aishah @ UmmiAqil said...

nih kalah kfc agaknya....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.