BEN ASHAARI

Saturday, November 8, 2008

ASAM REBUS IKAN SUNGAI

Asam Rebus Ikan Sungai

Inilah lauk yang biasa orang kampung makan, terutama kami. Ikan2 air tawar (ikan sungai) masih mudah didapati, samada menjala atau memancing sediri atau pun beli di pasar, tapi selalu abah mat jala sendiri ikan2 ni. Hari ni mat masak sejenis ikan air tawar yang kami biasa panggil ikan "keting" ( tau tak kat n9 ada yang panggil ikan "engge-engge"....macam nak pingsan koo, aku gelak!!)....rupa seakan2 ikan baung tapi kecil dan mempunyai duri yang berbisa....Boleh juga diganti dengan ikan kembong..punn sodappp!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g ikan keting (atau 2 - 3 ekor ikan kembong)
2 helai daun kunyit, disiat2
3 -4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan isi petai
Secubit gula
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
15 - 20 biji cili padi (nak pingsan, tambah lagi!!)*
1 camca teh garam kasar*(*diktumbuk hingga halus)
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, perap dengan limau kasturi dan garam. Biar 10 - 15 minit, bilas dan toskan.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk bersama air (anggaran 700ml) secukupnya. Masukkan petai dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan dan juga kuib ikan bilis. Biar mendidih perlahan.
  3. Masukkan daun kunyit, dan sesuaikan rasa. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi secukupnya...masak 1 - 2 minit lagi dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat..

2 comments:

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

mat..kalau nak remove petai tu boleh tak?rasa dia akan lain tak?saya budak baru belajar.. :)

Mat Gebu said...

Kalau tak suka petai, boleh abaikan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.