SAMBAL UDANG & TERUNG PIPIT

Sambal Udang & Terung Pipit

Sekarang ni musim terung pipit@terung rimbang, pokok2 yang tumbuh meliar mula mengeluarkan butiran terung yang comel2 (saling tak tumpah macam kacang pis u!!)...Mat suka kalau dimasak sambal tumis, kalau guna ikan bilis pun sedappp!!!!...Lagi satu kan terung pipit ni mempunyai nilai2 perubatan untuk pesakit "Gaot".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
  3. Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alahaiii Mat, sedapnya terung pipit ni..ummi memang suka masak sambal camni..xpun rebus cicah sambal belacan pun menjadi..hehe

    ReplyDelete
  2. terliuq dyg tgk ni weiiii,ummi meh bwk pinggan skali ahaksss

    ReplyDelete
  3. kak ummi...
    sekarang ni musim kak, terung tu merata2 ada, burung pipit pun tak sudi nak makan, jemu agaknya...hehehe

    dayang...
    ahaks, dayang...terliur lagi tgk kek lapiss...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.