BEN ASHAARI

Friday, October 31, 2008

MEE GORENG BASAH

Mee Goreng Basah

Mat sebenarnya jarang2 makan mee goreng. Tapi masa pergi golek2 ke blog "Kak Lina", ternampak n3 terbaru dia, "mee goreng"....serta merta koo tekak aku nak makan mee goreng, teruk kan, ala2 ngidamm anak sulung gitu....Jadi dengan rasminya patik hari ni menggoreng mee...itu pun ikut apa yang ada dalam peti ais...Jadi lah dari tak de langsung....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#
Hirisan tomato#
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
  4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

4 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

salam cik mat...
mee goreng ari nih...same cam kat blog kak norz...kite lak wat bihun,kalu tak sure wat mee goreng gak nih...menggoda betui laaaaaa...

jue said...

Mat..Letak cuka? tak masam ke? dah ada tomato sos? first time tgok letak cuka.. bole try esok-esok ek. ari ni dah buat matnye kue teow sup hor fun la... sedap hirupp

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

saya suka bila mat letak gambar sekali.boleh compare bila buat jadi ke tak..

mi basah ni buat orang terliur lah!!di sini takde mi kuning.selalu jugak lah kitorang ambil spagheti rendam dengan kunyit serbuk..nak sedapkan hati bagi nampak macam mi kuning.. :p

Mat Gebu said...

aishah...
Mat buat pun sebab tergudaa tgk kat blog kak lina (norz)...

jue...
tak, sebab rasa dia balance tau, lagu pun sos tomato tu tak delah masam mana, cuka n leh melambatkan mee goreng kita basi tau...Tapi selalunya tak sempat basi kan...hehehe

cabin crew...
Alah sedeynya, jadi lah janji ada kaler kuning...tapi spaghetti tu lagi elokkan dari mee kuning yang mengandungi segala macam ubat2 pengawet...tu pasal mat jarang masak mee kuning..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.