UDANG KARI KAPITAN

Udang Kari Kapitan

Mat masak kari kapitan guna udang, tapi bukan udang galah yea. kami guna udang "kaki merah" yang selalunya begitu popular bagi kaum cina dan peranakan untuk dimasak semasa "makan besar"....Sekali2 boleh lah makan, udang ni kalau dibelah2 Johor, harga ada sikit atas laaa (sekitar RM40++ per KG!!!).....Tapi dari segi rasa, memang sedap dan berbaloi sangat...Mungkin yang dok Sabah/Sarawak harga lebih rendah kot.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 ekor udang "kaki merah" saiz besar (boleh guna udang lain atau ketam)
1 biji timun (kalau resipi tulen, tak letak timun)
8 biji belimbing buluh (resipi tulen, yg ni pun tak letak)
2 batang serai, dititik
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji cili merah*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dipotong sedikit bahagian hujung kepala, buang kotoran, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas, potong 2 kemudian belah 4 setiap potongan. Belimbing dicuci dan belah 2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik, bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan udang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2....

Post a Comment

3 Comments

  1. ya Allah..
    kuatkan iman ku.. aku posa..
    isk isk isk..
    sabaq..

    p/s : elok ja udang tu posing ala model dalam laut. heheh

    ReplyDelete
  2. Alahaiii Mat..xleh tahan tengok udang melengkor dalam mangkuk tu..ish ish..kalu dapat ni, harus berbuka kang x ingat doniaa...uwaaaa..meh anta sini sikit Mat..sampai hati ko..dah mula start masak udang2an dah eh!

    ReplyDelete
  3. udang lagi mat..issshhh.....mmg sinonim sungguh dgn udang

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.