BEN ASHAARI

Thursday, October 16, 2008

DAGING EMBEL BALI

Daging Embel Bali

Ini resipi "Mami Asmah Laili" dari Singapura. Tapi mat main masak saja, sebab terdengar mami asmah bagi resipi ni dalam radio singapura dalam segman "pesta perut", kebetulan masa tu, kita nak beraya, jadi main ingat gitu2 aje laa...Kalau sesiapa ada resipi lengkap yang betul boleh lah kongsi dengan mat yeaa....Nak kena cari jugak buku masak Mami Asmah nie.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang, hiris nipis lebar2, cuci dan toskan
4 helai daun limau purut
3 helai daun salam (mat guna "bay leaf")
2 batang serai, dititik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci lengkuas*
2 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca besar jintan manis*
1/2 camca besar lada hitam biji*
1 inci kunyit hidup*
4 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging ke dalam periuk, tuang bahan2 kisar, gaul rata dan masukkan juga serai titik, daun salam/bay leaf dan daun limau purut. Tambah air sehingga separas daging.
  2. Masak hingga mendidih, masukkan garam secukupnya (jangan banyak2) dan rebus hingga daging lembut, masukkan gula melaka dan masak lagi dengan api perlahan hingga kuah kering (seakan2 rendang). Alih ke dalam bekas dan biar daging sejuk.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Oleskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Goreng daging tadi hingga dua2 bahagian menjadi kekuningan (bergantung pada kuantiti, mat goreng 7- 8 keping sekali). Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan sambal belacan....Mintak ampoonnn sedappp!!!!! (petik dari kata2 Mami Asmah Laili!!!)....

1 comment:

Ummi said...

Mat, ko ni telinga, otak n tangan sama pantas je..main dengar2 gitu je dah menjadi...Bila baca cara masak tu, mcm sedap je, ala-ala dendeng je, dah rebus tu goreng pulak..nnt nk try la sebab simple n ez eh! Akak mmg x penah dgr nama masakan ni..Time kasih Mat sudi share..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.