ROTI GULUNG DAGING

Roti Gulung Daging

Untuk dibahagi2 pada jiran, hari ni mat cuma pelbagaikan resipi asas roti "Norzailina Nordin". Hari tu kita gulung dengan blueberry, kali ni cuba gulung dengan isian daging yang dimasak ala2 inti murtabak bersama hirisan keju......

Roti Gulung Daging

Sedap dan harum bau rempah bergabung dengan bau keju....Kalau rajin dan ada masa boleh lah mencuba nanti yeaa...Lupa nak kata..dalam gambar tu bukan "wain" atau "wisky" yeaa..Itu jus "BEYH"...satu bes minuman khas dicipta semasa era pemerintahan "Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor" ketika itu..Ianya diperbuat dari rempah ratus terpilih yang diperam untuk satu ketika...dan disajikan sebagai minuman "selamat datang" sebagai tanda alu-aluan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian basic bread dough...boleh rujuk sini..
4 keping keju chesdale
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca teh serbuk cili
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan pati santan
1/2 camca besar gula
1 tangkai daun kari
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
1/2 cawan air




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, bahan tumbuk, serbuk cili dan rempah kari hingga wangi, tuang sedikit air. Gaul rata dan masukkan daging dan kacau hingga rata.
  2. Bila daging kecut, tambah santan dan baki air, masukkan sedikit garam dan gula, kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga inti kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan gaul rata, angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK ROTI :- Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar, ambil 1 doh canai 4 persei berukuran 7 x 9 inci. Ratakan inti dan tinggal kan ruang ditepi2 doh (seperti dalam gambar), keju tadi dipotong 4 dan susun, gulung kemas dan ketak2. Perelokkan bentuknya dan alih ke dalam mini loaf pan yang telah dilenser dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh rujuk pada gambarajah..
  4. Biar 1 jam hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sejukkan roti atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...

Post a Comment

10 Comments

  1. ci mat..bestnya blog you ni..rasa nak makan aje..may I link your blog from mine?

    ReplyDelete
  2. nmpk sedappppp roti tuh....... thanks for sharing cik mat

    ReplyDelete
  3. Mat...

    Meh pindah dok kat deret rumah ma ni. Lat 3, 4 rumah ma ni kan, ada budak-budak bujang dok serumah. Mat dok sekali dengan dioranglah. Pas tu, bila Mat masak, Mat hantar rumah ma sepiring kecik pun jadilah. Ma makan berdua je dengan hubby... amacam, bley? Kalau roti ni, bagi 2 keping sorang, cukup la.. ahaksss.....

    ReplyDelete
  4. cantiknya roti (wlupun x nmpk gambo..hehehe) nak buat dough ni...cam rumit jer..buat pki roti sedia ada je la..ekekekek

    ReplyDelete
  5. nampak menarik betul..nak kena buat nih!

    ReplyDelete
  6. hiroshima...
    Terima kasih kerana sudi singgah, dan juga sudi nak link blog mat.

    ajzie...
    Sama2, kalau ada kelapangan waktu boleh lah cuna, u nak buat bun pun ok guna resipi tu...

    mamafami...
    Ala ciannya mamafami, kalau dekat kita boleh saja tapawkan...siap dgn set nasi lengkap dengan ulam, sambal belacan, kari dan juga biskut "cream cracker"!!..ahaks

    blue iris...
    Air beyh tu rasa ada rasa kayu manis dan harum, tapi mat rasa tidak semua org gemar, kalau campur dalam teh pun sedap, tapi tak yah lah boh gula teh tu sebab beyh tu mmg manis dah.

    mama su...
    Uikk...rajinnya buat donat, tapi slow2...baby mcm mana mesti dah besar kan....selemat berpuasa utk su sekeluarga yea.

    rapheydhillo...
    Cuba jangan tak cuba, u boleh pelbagaikan lagi isian dia ikut kegemaran..

    ReplyDelete
  7. Mat, amboii nmpak menyelerakan roti ni tau..tp bulan pose ni xda kekuatan tgn akak ni nk menguli laaa..ish ish bila la nk beli BM ni..fulus x penah lebih..!! Mat, ko kalu senang2 tu, pose le Kuantan ni sikit eh! Bukan sedekah, ko hadiah..hehee

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mat. Tiap raya kami mesti buat air Bayh tapi setelah my parents dah takde, maka tutuplah 'kilang' kami. Awak suka ke air tu? Komen sket, boleh?

    ReplyDelete
  9. Thanks Che Mat. Nak buatlah petang ni.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.