RENDANG KERANG

Rendang Kerang

Bukan nak kata lah, tapi rendang kerang ni memang sedap, selain senang amat nak membuatnya, semua main lambak dalam kuali....tapi hasil dia, setanding dengan rendang daging, kalau buat untuk hari raya pun ok banget, yelah kat dunia nikan ada org tak makan ayam dan daging, jadi rendang kerang ni kira alternatifnya.....Terima kasih pada "Waheedeana" dari MyResipi untuk resipi ini......

BAHAN UTAMA :-)
2 kg kerang, direbus dan ambil isinya
1 camca besar rempah kari
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 1/2 cawan santan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 - 20 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan santan, bahan2 kisar, asam gelugor dan rempah kari ke dalam kuali, kacau hingga sebati dan didihkan. Masak hingga pekat, masukkan kerang rebus dan kacau rata.
  2. Tambah kerisik, gula melaka dan garam (sedikit sahaja). Masak hingga sedikit kering dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
  3. Keadaan rendang bergantung pada individu, jika suka kering, tambah masa masakan dan jika suka rendang basah bolehlah diangkat. Sedap dihidangkan bersama nasi, ketupat, pulut dan roti....

Post a Comment

8 Comments

  1. satu jer masalah saya kalau buat rendang kerang ni...sambil kopek kerang sambil masuk mulut..bila nak rendang masuk kuali, kerang sekilo tu tinggal dah sejemput....huhuhu

    ReplyDelete
  2. cik matttt... i pun masak rendang kerang smlm lah... sedap!!!

    ReplyDelete
  3. cik mat..
    i'm one of ur silent reader for quite sometime. Best nye tengok rendang kerang nih! Terliur dibuatnya.. rendang kerang ni memang favourite saya..

    ReplyDelete
  4. cik mat..

    rendang ni buat saye teringat zaman kecik2 dulu Opah slalu masak.Lagu satu rendang lokan..best nye!

    ReplyDelete
  5. Mat, sedapnya rendang kerang. Dah banyak tahun dah I tak makan ni. Teringin sangat nak makan ni sekarang :( Too bad kita tak ada fresh kerang kat sini kalau tidak I masak ni sekarang jugak :)

    ReplyDelete
  6. mat,

    the rendang chili api kerang also very nice....of course with long bean he he....

    ReplyDelete
  7. mat..,
    rendang kerang mmg sedap tp risau gak kalau naik pulak darah tinggi..lagi sedap...dok hospital..hehe

    ReplyDelete
  8. dyg suka rendang tenggiri,kerang xbrp sgt,dah lama xmakan kerang hehe xtau la nape,sbb xde org rumah nak makan.budak2 suka yg ringan2 jer,tu kdg2 gi makan kat kedai jer

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.