BEN ASHAARI

Monday, August 25, 2008

MEE BANDUNG MUAR

Mee Bandung Muar

Baru2 ni, mat dapat "perencah mee bandung Muar" dari kenalan abg mat, perencah ni sedap dan mudah dibuat, tapi macam biasa lah, walaupun perencah tu semua dah ada, kita perlu juga kreatif dalam penyediaan untuk meningkatkan lagi mutu rasa mee bandung tersebut...Apa2 pun mat kongsi lah cara mat masak menggunakan perencah ini... (1 paket perencah tu untuk 1 kg mee kuning).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

8 comments:

rinnchan said...

Hii che mat,
Rinn pun dah lama nak cuba Mee Bandung ni..tak kira lah Muor punya ke.. Mana punyer ke..tapi tak terbuat2 lagi. Sebabnya org2 kat umah ni kureng sikit kalau bab2 mee kuning ni.. Nanti kan Rinn sorang yg melantak...kembung2 perut pulak..he heh heh

Mungkin bulan posa nanti akan teringin pulak..saper tau kan !! Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat che mat sekeluarga.

mak kintan said...

gile sedaaappp!!!!

HAPPY LIBRAN said...

Hi mat, dh lame kite carik resipi mee bandung...dah jd pembaca tetap blog mat sebab terliur tgk menu2 kat sini...teruskan memasak hehe -ida

Ezza Aziz said...

salam cik mat,

meleleh air lior ni dok tgk mee bandung ni, teringat masa muda muda dulu no....pi dating ngan abang lepas tu pi makan mee bandung kat pertama kompleks..presentation gambar amat menarik...baguih laaa

PINATBATE said...

Mee bandung ADAMI memang best..saya memang ada simpan stock ni kat rumah...bila-bila masa ada tamu datang , senang jer...tapi ada member saya orang Muar kata rempah ni dah banyak sangat rasa msg dia..berbanding yang asli...ntah ler...saya tak suka perencah yang lain..nak ADAMI jugak!!

Ct said...

Hai abe mat...Rempah adami ni pada ct kueng power aaa..dekat umah ct ada produk lain..lagi power..Brand Mak Pon JJ..ct dah hantar rempah ni sampai Cairo ..7 bulan dalam perjalanan ok je..

MULAN said...

memang sedap.. tapi kita suka telur kuning tak keras sangat.. baru ada ummpphh..

ibu 2AZ said...

menariknyer tgk mee rebus mat gebu nih..nak kene carik rempah mee rebus nih..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.