BEN ASHAARI

Sunday, August 31, 2008

GULAI NASI KANDAR

Gulai Nasi Kandar

Ini saja nak test try perencah segera gulai nasi kandar keluaran "MAGGI".....Boleh tahan sedap, tak payah letak garam lagi sebab rempah tu sedia kala dah terasa garamnya....Boleh letak kentang kalau suka...mat kehabisan stok kentang....arghhhh segann guaaaa!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging lembu batang pinang
1 paket rempah gulai nasi kandar "MAGGI", dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan pati santan
2 biji tomato masak, didadu
2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 cawan air (atau secukupnya)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga layu dan wangi. Masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut.
  2. Masukkan rempah dan masak hingga terbit minyak, diikuti daging dan gaul hingga rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Tuang pati santan dan renih hingga kuah pekat. Kalau suka kering, boleh tambah masa memasak. Hidangkan panas2 bersama nasi hangat....

3 comments:

jo ayee said...

salam mat..sedap tu berbuka mkn nasi kandar...anyway selamat berpuasa..moga tahun ni bertambahn2 amalnya..salam dari ireland..tak sabar nk tgk ur sunflower

pinkpetunia said...

salam. never lever any comment b4. kau lah sumber inspirasi ku untuk terus berkhidmat kepada suamiku.... cumenya byk kene modified sbb brg byk xde.

Ummi said...

Wah Mat, sesekali main instant recipe ni baguih jugak..kena sgt la dgn akak yang sentiasa balik tunggang langgang kat dapur berkejar nak memasak...igt sebulan ni akak pi pilih instant recipe je lah wat stok eh! Senang citer...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.