BEN ASHAARI

Sunday, August 17, 2008

ASIAN TWIST PIE

Asian Twist Pie

Ini resipi mudah, guna instant prata jenama 'kawan"...Sesiapa saja boleh membuatnya, sesuai untuk bulan Ramadhan yang akan menjelma nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur untuk disapu

BAHAN INTI :-)
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
2 camca besar mentega




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
  2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...

3 comments:

deedah said...

great idea for bulan puasa Mat !
akanku cuba, test , try !!

Ummi said...

Amboii Mat, mengganas betul ko!! Ko minum tonik cam apa?? ayam ke? Hehe..mst pagi2 banguna dah mengokok dan mencatuk...sedapnya nmpak pratha puff dengan masak berlado hijau ko nih!! Akak mst try nnt..heeee :D

lemongrass said...

Walah Cik Mat,
Wa Tabik spring toing2 kat Cik Mat sbb very creative! tak sangka and tak pernah terfikir nak guna roti prata tu buat 'karipap'. kat sini berlambak roti prata instant tu.Lepas ni memang kena cuba!
TQ Cik Mat!!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.