BEN ASHAARI

Sunday, July 20, 2008

SAMBAL NENAS

Sambal Nenas

Mari kita makan sambal nenas...tapi sebelum makan tu kenalah masak dulu, okeyy!!!...

Bahan-Bahannya :-)
1 biji nenas madu (pilih yang masak ranum)
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/3 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas nenas, buang empulur dan potong sederhana besar. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula (dalam 2 camca besar), atau secukup rasa. Bila mendidih, masukkan nenas tadi dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok, boleh angkat dan hidangkan....

No comments: