RENDANG AYAM PEDAS

Rendang Ayam Pedas

Memang pedas dan berapi!!!!, tapi kalau tak nak keluar api, boleh kurangkan cili padi...Resipi asal mat dapat kat blog "Datin Zai", tapi beliau gunakan daging, mat ganti dengan ayam....Yang uniknya kan, rendang ni ada campur kacang panjang. Memasaknya pun senang dan tak cerewet.....

Bahan-Bahannya :-)
500 g ayam, potong sederhana besar
7 - 8 tangaki kacang panjang
2 helai daun kunyit, dihiris halus2
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
500 ml santan
15 - 20 biji cili padi*
3 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
6 biji bawang merah*
3 uals bawang putih*
4 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ayam bersih2 dan toskan. Patah2 kacang sepanjang 1 1/2 inci (boleh juga di hiris menyerong), cuci dan toskan.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, masukkan ayam dan gaul rata. Masak atas api sederhana sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masukkan asam gelugor dan sedikit garam, gaul rata.
  3. Masak hingga hampir kering, masukkan kacang panjang dan sedikit gula. Gaul rata dan kacau untuk mengelakkan rendang hangus. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin tambah garam.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat atau pun roti.....

Post a Comment

9 Comments

  1. Rendang with vege...this I got to try. Also I definately got to cook separately for the kids...terlalu cabai for them! Eh Mat, when are you going to write to me about the nyonya ware??

    ReplyDelete
  2. haaa elok beno laa nih cik mat!!
    tart dah bako..rendang pun dah siap...ketupat bila nk rebus?? lemang manoo?? kato berayooo kinela complete sume juadah...
    hehehheheheheeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. perghh nampak maam pedas betul ni.. tapi rendang kalau tak pedas takder kick kan Mat.. he he

    ReplyDelete
  4. VG...
    I minta maaf sebab lambat reply ke email..i sibuk skit...nanti i bagi informasi tentang nyonyaware tu..Di M'sia senang diperolehi di Penang, Ipoh dan Melaka...Harga sedikit tinggi (utk yg re-production, tapi masih buat dikilang asal pembekal brg2 peranakan sekitar tahun 1920an, kalau yg origanal, harga lagi mahal, a pair of soup spoon boleh capai harga RM300!!!....bergantung pada keadaan dan kualiti..

    Shima...
    hehehe..benda2 lain tu tangguh sampai nak hari raya nanti...

    Kasawari...
    Betul tu kasawari...pedas baru menyengat...tapi kalau tak tahan kenalah kurangkan cili padi..

    Zareda...
    Salam zareda..boleh juga dipanggil kalio...U kena sedia maklum, diM'sia ni lain negeri kadang kala masakan sama, nama berbeza...Mat pun cuma ikut resipi datin zai saja..

    ReplyDelete
  5. Thanks Mat...when you senang, tulis ke Vin ya.

    ReplyDelete
  6. mat,

    at last you tried this dish...at my home the hotter the better he he. I was at the Rnet gathering in Rawang yesterday when a few people mentioned that you cooked this dish.

    like i said earlier, your picture did do justice to this dish, unlike mind. thanks ya....

    ReplyDelete
  7. VG...
    Ok nanti i tulis yeaa...

    Datin zai...
    Mmg pedas tapi sedap...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.