BEN ASHAARI

Wednesday, July 23, 2008

NYONYA KERABU SOTONG

Nyonya Kerabu Sotong

Jom kita makan kerabu sotong ala2 "nyonya"....sedap tau dengan rasa pedas2, manis2, lemak2, harum2, sedikit masin2 dan masam2. Kalau makan dengan nasi hangat lagi lahh sedap u!!

Nyonya Kerabu Sotong

Mat guna sotong "kembang" dan buah bacang, kalau nak ganti dengan buah mangga dan sotong segar pun ok, tapi rasa sikit lain laaa, sebab buah bacang aroma dia harum dan rasa sedikit menyengat. Kalau buah kuini kan lagi sedapp!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor sotong kembang
1 biji buah bacang yang besar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun limau purut, hiris halus
3 biji cili padi merah, hiris halus
3 biji cili padi hijau hiris halus
1/2 cawan pati santan
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit garam dan gula

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji cili merah
6 biji cili padi merah
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Potong sotong kembang kepada 2 bahagian, hiris dan celur 10 minit, toskan. Cuci buah bacang, kupas dan hiris halus, ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan tumbuk lumat, garam dan gula secukup rasa, hirisan cili padi, hirisan bunga kantan, hirisan daun limau purut dan bawang. Kacau hingga rata.
  3. Masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata. Sesuaikan rasa dan tambah apa yang kurang. Boleh hidangkan segera atau hidangkan sejuk....

3 comments:

MamaFaMi said...

Baca ingredients dia je rasa macam nak berjejes air liur... huhuhu.. haru tul! Mat, sotong kembang tu sotong yang warna orange kemerahan tu eh? Ma ada terbeli seekor ni, tapi lom tahu apa nak masak. Masak sambal ok kot eh? Kerabu kerabu ni, my che abe tak jalan la...

che in said...

assalammualaikum che mat gebu (orang nya gebu tak nih?..hehe)..alaa berjejes jejes lah air liur kita tgk gambar dish tu...ish, kena tiru lagi la nampaknya resipi che mat...(hehe...actually saya selalu tgk resipi che mat la, mamafami la, yani la, etc and dah selalu sgt pun buat keje tiru resepi ni...hehe..boleh kan che mat, kan? kan?)

PINATBATE said...

Terus terang,gua lebih suka bekas dia yang cantik tu dari kerabu nya...egegege..maaf yer Mat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.