BEN ASHAARI

Saturday, July 26, 2008

MASAM MANIS UDANG & TOFU

Masam Manis Udang & Tofu

Tadi masa selongkar freezer, sekali terjumpa satu pack berisi udang!, besar juga tapi tak delah sebesar udang galah. Untuk memudahkan kerja, mat masak sesuatu yang ringkas dan mudah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 ekor udang sederhana besar (mat guna udang "kaki merah")
2 tiub tofu jepun
2 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 bijo tomato, belah 8
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
1/4 cawan sos tomato
1/2 camca teh minyak bijan
Sedikit garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, gunting kaki, janggut dan hujung kepala yang tajam, korek keluar kotoran di kepala udang, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan. Tofu jepun dipotong sederhana tebal, goreng hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga garing, tambah sos cili thai, sos tomato dan minyak bijan, gaul rata.
  3. Tambah air dan kacau, masukkan udang dan tofu tadi, gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan segera.

4 comments:

Judith said...

Nyaammi sekali ..

Ummi said...

Amboii Mat, asyik2 ko tayang udang jek..x penah berenti ke udang dlm sungai tu bertelor n berpinak2 ek..hehe..Ko masak tu sape ni mat, ko kan xleh makan udang..xpun bibir ko cam Anita Sarawak kan?? Ee..x tahan tul tgk udang ni tau!

saveme_zero said...

yuhuuuuuuuuu
abg mattttt...apa kaboooooooo
wahh...makin rancak blog abg mat ni. abg mat...kasi la resepi kek/ biskut yg simple2...nak try test la.

Mommy Lily said...

wah wah ...rajinnye abg mat gebu ni memasak ye. sodap2 pulak nampaknye makanan dia.

mami suka tengok blog makanan ni maklumlah tengok saiz la mcmana pulak kan.
hahaha

mami add link kt blog mami ye, senang nk refer kalau nk masak bila2