BEN ASHAARI

Wednesday, July 23, 2008

IKAN BILIS GORENG TEPUNG

Ikan Bilis Goreng Tepung

Pernah tengok ikan bilis segar?...Tapi sori lah yea, nak tunjuk gambar pun dah tak de sebab semua habis mat goreng dengan tepung!!..Ikan bilis segar ni kalau yg besar sikit sedap kita masak singgang, atau pais. Tapi yang ni tak besar sangat, jadi goreng dengan tepung saja yang sesuai dan sedap...

Ikan Bilis Goreng Tepung

Lepas tu boleh lah makan dengan sos cili atau apa2 sos yang digemari. Mat makan dengan baki sos ayam pandan thai ari tu, cuma mat tambah sedikit gula dan masak bagi pekat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ikan bilis segar
3/4 cawan tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/3 camca teh "all purpose seasoning*
1/2 cawan air (atau secukupnya)
Minyak untuk menggoreng terendam



Cara Membuatnya :-)
  1. Ikan bilis dikerat kepala dan buang isi perutnya, cuci bersih dan toskan. Satukan bahan yang bertanda (*) dalam bekas, kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Uji dengan mencelup seekor ikan bilis dan jika salutannya elok, kira dah ok lah.
  2. Panaskan minyak, kemudian celup ikan dalam tepung dan goreng seekor demi seekor, jangan goreng dalam kuantiti yang banyak. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
  3. Hidangkan panas bersama sos kegemaran....Selamat mencuba!!!

7 comments:

hani said...

wow.. sungguh menjilat jari

rina said...

besarnya ikan bilis... gmbr cicah ngan kicap tu sungguh menggoda... nak2...

Mat Gebu said...

hani...
Eh bukan nak kata apa, tapi pada tekak mat sedap lah ikan tu goreng dgn tepung...

rina...
Ikan bilis yg basah ni mmg ada yg saiz besar..daging dia lemak tau...

Ummi said...

Amboii Mat dari sebesar2 ikan, sampai sekecil-kecil ikan ko goreng celup tepung ek..itu mak ikan bilis ke, anak ikan bilis..nangis la bapak ikan bilis..hehe..Mat, leh lekat ke tepung tu kat ikan bilis..dahle isi ikan tu kecik sejompuiitt yoo..! Tapi cam sedap jek! Agak2 kalu akak makan setengah kilo bilis ni baru kenyang ek?? :)) wahaha...!
Sori lah Mat, gurau je..akak ni ada je nk usik ko..! Jgn makan hati ya Mat, makan pedal jek..hehe

Mat Gebu said...

kak ummi...
kak, anak ikan bilis ni sedap lah goreng dgn tepung..anak ikan "BILIS", ok!!!..bukan "anak ikan" tauuu...yg tu tak bleyy woooo dosaaa!!!....Hati kalau masak kicap, tak pun buat sambal goreng jawa, sedap, jadi tak kesah lah kena makan hati...hehehe..

Min said...

Mat, bagus gak idea ni..tapi ikan bilis kecik ni, masa makan kena buang tulang jugak ke ?

shima said...

sedapnyerr jajan cenggini!!!
mkn rangup2 ikshhh...krupp krapp kruuppp kraaaappp mmg layan wooo...
psst kalau goreng sekor2 mesti lama gaklaa nk siapkan sepinggan erkk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.