BEN ASHAARI

Friday, July 11, 2008

BUBUR SOM-SOM

Bubur Som-Som

Zaman dulu kan mengikut cerita orang tua2, kalau kita nak melawat jiran atau sedara mara sekampung yang sakit, kita buat bubur som-som sebagai buah tangan...Laa ni tak yah tunggu sakit lah kalau nak makan....Mat ambik resipi dari blog "Suhana" dari Singapura tuu, tapi mat guna gula melaka sebagai kuah, suhana guna gula ala2 tropikana gituu..hehehe.....Resipi dia sedap2 wooo...Lu kalau tak caya waa cakap, sekarang luu boleh merempit gi blog diaa tengok macam mana!!!!!.....

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan tepung beras
2 camca besar penuh tepung ubi
1 camca teh garam
7 cawan santan
3 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*
2 helai daun pandan, disimpul*(*bahan2 kuah)

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali daun pandan dan bahan utk kuah, ke dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan masak atas api kecil sambil terus mengacau hingga likat selama 20 minit. Bawak2 bersabar yeaa masa ngacaunyaa!!!.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 pilihan atau dalam loyang (sapu sedikit minyak) dan biarkan hingga sejuk.
  3. Masak semua bahan2 untuk kuah hingga mendidih dan gula larut, biar mendidih perlahan utk 2 - 3 minit lagi. Angkat dan sejukkan, tapis air gula tadi. Hidangkan bersama bubur som-som....Aduhhh nyamannn sekalii!!!!

6 comments:

Ummi said...

Aah la Mat..la ni kalu bawak bubur ni, orang yg x sakit bantai dulu..silap2 org sakit duk nganga smpai sudah x dapat..hehe...Mesti sedap nih!

Mat Gebu said...

kak ummi...
Kesian org sakit tu, tapi betullah, pernah juga tgk org sakit, depa dpt mcm2, anggur, epal, pear..org yg sakit tu mana leh makan, semua dah berikat2. mulut pun sekejap bukak kejap tutup...org yg bawak tu pun saja nak bagi org sakit tu cepat "toot"...

Mrs.Zack said...

mat, akak suka sesangat bubur sum2, dua tiga mangkuk tak sedar je dah abis :)

echah_syed said...

combi tak pernah mkn..nak try laa :)

MyPeriukBelanga said...

ooo...den ingatkan den ajo yg ado kaki...mangkuk pun ado kaki eh? canggih bin impossible lah ekau punya alat matt! (jgn salah paham yo matt, maksud mak, alat perkakas lerr :p)

Mat Gebu said...

mrs zack....
Mmg betul kak, mat pun ingat nak makan 1 krtul je, tau2 2 1/2 ketul habis...hehehe.

kak combi...
Boleh cuba, sebab senang jee...

Mak daro...
Biasalahh mangkuk kaki 3 tuu, jgn memain..ingat obat cap kaki 3 je ke yg ada, mangkuk pun ada...tapi kalau tak masuk blog, kita makan dalam mangkuk hadiah ubat gg jeek!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.