BEN ASHAARI

Thursday, July 31, 2008

BUBUR JAGUNG

Bubur Jagung

Pertama kali mat tengok bubur jagung ni, kalau tak silap lah..kat dapur "kak liza"...Dah lama pastu baru teringin nak mencuba, sedap tau, lemak2 manis gitu. Tapi lagi sedap kalau guna jagung segar. Mat dah nak sangat cuba, aku bantai jagung dalam tin saja...pastu macam sikit, mat tambah jagung dalam tin yang jenis berkrim tu pulak....kita yang buat dia kan, bukan dosa punn....hehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar "corn kernel", ditoskan
1 tin besar "corn cream style"
1 liter santan
5 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 ketul kecil gula melaka*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air gula, corn kernel, corn cream style dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau rata.
  2. Tuang santan dan masukkan secubit garam. Masak hingga mendidih dan biji sagu bertukar kejernihan, tambah air jika perlu. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.

5 comments:

Tie said...

Salam kenal.. Memang sedap guna jagung fresh.. dan pecahkan sebiji telur.. Anak2 dan hubby tie suka.. Kat sini bekalan jagung tak putus2.. Kalau nak mai lah..

deedah said...

mmm..jagung , my fav !
nie cam pengat eh Mat..

Mrs.Zack said...

Mat,
Guna mangkuk baru ke?.

Biasanya akak buat bubur jagung warna putih coz cuma guna santan, gula pasir dan sedikit tepung jagung.

MinKamaL said...

salam singgah...aduiiii...lemaknyer..teringin la nk wat malam ni....

Junita said...

terliur le pulak...esok kena try ni...