BEN ASHAARI

Thursday, July 31, 2008

BENDI BERSAMBAL

Bendi Bersambal

Hari ni masak simple dan begitu nyaman sekali bila sampai di anak tekak, kena pulak dimakan bersama nasi hangat, lagi2 kalau nasi tu lembuuuuttttt gitu....awwww!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi muda, cuci tos dan buang sedikit pangkalnya
1 biji bawang besar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1 biji limau nipis, perah jusnya
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Masukkan bendi dan celur hingga lembut sedikit. Angkat dan terus masukkan bendi ke dalam bekas berisi air ais. Biar hingga bendi sejuk. (Tujuan untuk memberhentikan proses memasak dan bendi akan kekal rangup walaupun lembut). Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga terbit minyak. Tambah gula dan juga sedikit air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api.
  3. Susun bendi tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal tadi atas bendi, hias dengan taburan bawang goreng dan hirisan limau nipis jika suka. Hidangkan segera....

2 comments:

Dwiana P said...

"SAMBAL" sedap sekali dilihatnya. I love anything spicy.

Cik Siti Wan Kembang said...

cantiknya gambar ..hehehe sedap nye nampak... eh.. si Lydia pun wat gak menu ni...best ler korang dpt makan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.