BEN ASHAARI

Friday, July 25, 2008

ASAM REBUS TUMIS

Asam Rebus Tumis

Ini lauk kegemaran mat, selain senang nak masak, ianya sedap dan mengasyikkan sungguh. Kalau ada nenas boleh letak nenas, nak letak kacang bendi boleh, terung boleh, tomato boleh, batang keladi boleh. Pendek kata apa jelah yang sesuai, semuaa bolehh!!!!


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembung
1 biji terung bulat
2 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
4 biji cili merah*
1 camca besar ikan bilis*
1 kiub ikan bilis "MAGGI"*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*(*dikisar halus)
1 liter air (atau ikut keperluan)
Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Kupas sedikit kulit terung, belah 8 dan rendam dalam air garam (mat guna terung bulat, boleh guna terung biasa).
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus hingga harum, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan terung, tambah garam dan sedikit gula. Biar hingga terung sedikit lembut.
  3. Masukkan ikan dan juga daun kunyit, masak dengan api sederhana hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

3 comments:

Let's dine out said...

Cik Mat, mana kao dapat colection pinggan mangkuk macam nie kat Mesia. Berkenan betui la.Balik nanti nak p cari la jugak...

Mat Gebu said...

dine out....
Yang ini rasa mat sekarang dah tak de, my late grandmama beli masa makcik i nak kawin...50 tahun dulu, tapi kan dia beli 1 jeee...whaaaa!!!, nasib baik i dapat!!

Chempaqa said...

salam cik mat..
wow..ku pon suka tureen tuh...cun gila...skrg tureen pon dah diancam kepupusan, sbb lanun2 mcm kita nilah...kah kah kah..taraaaaaaaa
p/s: skodeng nak cari resepi masak tempoyak patin, smlm dapat patin sungai dr temerloh..wow..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.