BEN ASHAARI

Thursday, May 29, 2008

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

Gulai Tempoyak Ikan Sungai

Ini salah satu lauk kegemarn mat...tapi macam biasa laa, lauk kalau sedap semua ada kolestrol, terutama lauk2 orang melayu kita (eh...lauk2 peranakan pun banyak kolestrol wooooo!!!)...Untuk yang tak makan ikan sungai atau ikan air tawar, boleh tukar dengan apa2 ikan kegemaran...

Bahan-Bahannya :-)
6 - 7 ekor ikan air tawar (mat guna ikan "terebol")
1 biji kelapa, diparut
3/4 cawan isi petai
1/2 cawan tempoyak
2-3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun kunyit, disiat2
2 inci kunyit hidup yang tua*
1/2 cawan cili padi*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga halus)
Secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan digaul dengan limau nipis/lemon dan garam, biar terperap 20 minit, kemudian cuci, buang sisik dan siang seperti ikan biasa, kelar dan perap lagi dengan limau nipis/lemon dan garam untuk 15 - 20 minit lagi. Cuci kembali, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalan periuk, masukkan bahan2 tumbuk dan tempoyak, gaul rata. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan petai dan juga ikan yang digoreng tadi. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit serta secubit gula. Biar mendidih perlahan. Kacau sekali sekala.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat...Haiyoooo!, berpeluhh u makan!!!

2 comments:

kakmelor said...

nampak sedap...org phg masak tempoyak tak taruk santan

Abe Adi said...

bising pula bunyi kat dalam perut ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.