BEN ASHAARI

Wednesday, May 14, 2008

GULAI PISANG MUDA

Gulai Pisang Muda

Jom masak lauk kampung hari ni, sesuai laa dengan cuaca mendung2 nihh....ishh sedapp nihhh!!!!

Bahan Utama :-)
2 sisir pisang muda
5 ketul tulang ikan masin kurau
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 biji kelapa, diparut
Garam dan secubit gula

Bahan Kisar :-)
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)
1 inci kunyit hidup (yang tua)
1/2 inci belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Bersihkan pisang, kupas sedikit kulitnya (kulitnya pun diambil), potong sederhana tebal, buat hingga siap dan rendam bersama 1 keping asam gelugur. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat, tuang 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci bersih tulang ikan kurau. Ketepikan.
  2. Toskan pisang muda tadi, keluarkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 tulang ikan kurau, asam gelugor ( yang baru), serai titik dan juga bahan kisar. Gaul rata dan jerang atas api selama 2 - 3 minit.
  3. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, tuang santan pekat dan perasankan dengan garam dan secubit gula (berhati2 dengan garam kerana tulang ikan masin tu sudah sedia kala masin). Masak dengan api perlahan hingga pisang lembut (tapi masih kenyal). Sesuaikan rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama sambal belacan dan ulam2man.....syiokkk waa cakap luuu!!!!!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.