BEN ASHAARI

Thursday, April 17, 2008

TEMPOYAK DAUN KAYU

Step By Step 1235

Ini lauk femess u kat Negeri Sembilan. Tanya jelah mana orang2 N9, pasti mereka tau. Masakan yang mudah tapi sedapppp....tak caya?...Boleh tanya "Kak Rozie Rembau". Kalau resipi asal ada guna lagi banyak jenis dedaunan, tapi mat cuma guna apa yang ada, itu pun satu bahan wajib tak de (pucuk labu), tapi kira ok lahhh.....

Bahan-Bahan Utama :-)
1 cekak pucuk ubi, siang,cuci, toskan dan hiris halus
1 cekak pucuk labu, siang, cuci, toskan dan hiris halus
10 helai daun kunyit, cuci, buang tulang tgh dan hiris halus
3 kuntum bunga kunyit (optional), cuci, tos dan hiris halus
4 papan petai, kupas, cuci dan toskan
30 g ikan bilis, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji kelapa parut
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*
4 batang serai, hiris halus*
1 1/2 inci kunyit tua*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)



Cara membuatnya :-)
  1. Tuang 700 ml air dalam kelapa parut, ramas, dan perah santannya. Ketepikan. Tuang bahan2 kisar dalam kuali, masukkan ikan bilis, santan dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan 1/2 camca teh garam dan juga petai. Gaul rata. Kemudian masukkan semua jenis bahan2 hiris halus. Gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Rasa dan tambah garam jika perlu. Masak lagi sekejap hingga kuah sedikit kering. Angkat dan hidangkan.

9 comments:

jo ayee said...

mattttt!!!>.sedapnyer...yg ni bole post sini tak..huks..nakKKKKK..jo sanggup buat 2 biji kek lapis utuk tukar nagn semangkok lauk ni...sedapnay..

gee carmen said...

mak aii...
best giler lauk nie..
mengiurkan laaaa :D

yasmin said...

Mat, susah nak cari bahan dia kan..segala pucuk tu.

Eh, kita pun makan lauk asam pedas hari ni ! Tapi tak semenarik Mat punya..

Dianne said...

mcm sedap jer,xpernah mkn.ehhe

Mat Gebu said...

Jo...
Uikk, sampai mcm tu sekali..hehehe, ehem ehem jo, ko ngidam ek?..

Gee..
mmg sedap bagi penggermar tempoyak. Tapi kalau ada pucuk labu kan lagi sedap.

Yasmin..
Laaa sama ke lauk asam pedas, hehehe, tapi lauk tempoyak tu masak dia senang, cuma bab daun2 tu payah ckit laa nak cari.

Dayang..
Kalau kat Negeri 9 mesti ada lauk ni, cuma mungkin nama dan tajuk dia lain laa ckit.

aTiE said...

Hi Mat...
Atie mmg org n9.. husband pon sama..
mmg tahu laaa masakan nih.. we all panggil adehh terlupa plak..
bhn2 daun mmg mcm2...
cuma cara masak aje lain..
sebelah husband cara potong n masak sebijik mcm mat buat
sebelah atie plak.. hirisan daun tuh lg halus bak daun rampai...
cara masak plak.. daun yg telah dihiris tuh... dicampo ngan tempoyak yg byk.. (masam dan manis), masuk santan dan masak..
rasanya tak pakai belacan, bawang2 and asam...

zaitgha said...

Mat,

Though i don't eat durian, but i acquired the taste of this sambal tempoyak after i returned to Malaysia in 1989. My late mum called this sambal tempoyak and if she didnt have enough 21 types of daun, she wouldnt make this sambal. Like you,when i had the craving for these 3-4 types would be good enough....and we dont use belacan though.

Do you know that N9 people eat daun puding and kulit rambai?

Mat Gebu said...

atie...
Tapi mmg org n9 masak lemak cili padi atau seangkatan dgn nya, mereka tak guna bawang kan....

Datin zai...
Kalau nak cari daun2 tu semua..aduhh pingsan laaa..hehehe...pernah dgr daun pudung dan kulit rambai juga boleh masak lemak cili padi kan kalau tak silap...

aTiE said...

mat,
mmg tak pakai bawang kalau masak lemak cili api nih..
haa baru teringat nama yg we all panggil.. sambal daun kayu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.