BEN ASHAARI

Wednesday, April 30, 2008

TEMPE GORENG LEMAK MANIS

Tempe Goreng Lemak Manis

Resipi ambik kat dapur "JO", tapi resipi asal dari "SitiAzma"....Sedap, rasa lemak2 manis dan garing di luar tapi lembut dan lembap di dalam...hmmmmmmmmm!!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
500 g tempe, dihiris sederhana tebal
1/2 cawan gula
1 camca teh garam
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya (lebih kurang 800 ml)

Cara membuatnya :-)
  1. Didihkan air bersama gula, garam dan bawang putih. Kemudian masukkan tempe dan masak dengan api perlahan selama 15 minit. Angkat dan toskan.
  2. Bila tempe sejuk, goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Boleh dihidangkan.

3 comments:

rinnchan said...

Ni makan saja ke..makan dengan nasi, Che Mat?? Sebab macam disira la pulak..

Cik Siti Wan Kembang said...

Ah Mat Gebu > hihi..actually kena celup telur dulu sbm goreng tempe tu... (resipi kawan siti yg kawun dgn rakyat Indonesia). Utk sira tu pulak dia guna gula melaka/gula merah. Boleh lah makan2 wat ganti french fries tu...hihi bagi resipi kat org..siti sendiri dah bertahun2 tak buat..maklum le takde tempe..tunguu cikMat antooo tempe niiii

Mat Gebu said...

rinn..
mat makan mcm tu je, ala2 mcm kudapan masa gossip2..ahaks (but not me yeaa!!)

Siti..
Mat tak celup telur, takut nanti bila sejuk, ada rasa "telur".. nanti rasa dia jadi aneh pulak...