BEN ASHAARI

Friday, April 18, 2008

SAMBAL TUMIS PETAI

Step By Step 1240

Jom makan sambal tumis petai, mat guna ikan bilis je sebab stok udang tak de, tapi kan secara am nya sambal tumis ikan bilis rasa dia memang sedap kan.....

Bahan-Bahannya :-)
4 papan petai, kupas, cuci dan toskan
60 g ikan bilis, rendam, cuci dan toskan
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 keping hirisan halia*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan petai. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, gaul rata dan masak hingga pekat, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh diangkat dan hidangkan....

4 comments:

Dianne said...

buh udang sedap gak ehh

I Cook4Fun said...

Sambal tu nampak sedap sekali. By the way cantik gambar you ambil. Camera apa abang Mat pakai?

Mat Gebu said...

dayang...
Setuju...hehehe tapi hari ni stok udang tak de...

Gert...
Gambar tu, i guna digicam "Lumix" from Panasonic... and lepas tu edit di www.picnik.com

echah_syed said...

combi pun baru masak tu sbb ade kawan kasi petai..yummy noo

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.