BEN ASHAARI

Friday, April 4, 2008

ORANGE & POPPYSEED MUFFIN

Step By Step 1180

Pada mat, ini lah antara muffin yang palinggg sedap dengan rasa lemak, harum, tak manis dan ada rasa "nutty flavour", walau pun nampak macam agak banyak menggunakan bahan2 mentah, tetapi memang berbaloi dari segi rasanya.

Step By Step 1182

Bukan itu saja, ianya lembap dan lembut, datuk2 dan nenek2 yang tak de gigi pun sekelip mata boleh makan!!

Bahan-Bahannya :-)
125 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
125 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca teh ovallate
1/2 camca teh garam halus (kalau guna butter biasa, tak yah letak garam)
150 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
25 g serbuk badam
2 biji telur gred A
15 g popy seed (biji kas-kas)
1 biji oren, parut kulitnya dan perah jus

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
  2. Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

6 comments:

yasmin said...

Mat, poppy seed tu kas-kas ke..kita tengok poppy seed tu halus lagi. Ada warna biru and hitam kan.

Mat Gebu said...

yep...kas2, mmg halus dan ada kaler biru dan hitam...

noreen said...

mat ko suke ke makan poppy seed tu alamak den tak suko no taw penah buat kek letak poppy seed alamak tak selero nak tolan ... nampak gayo tokak ko dah tuka jadi org putih ahak

Mat Gebu said...

uikk..noreen, sodap laa popiseed tu, ala2 kekacang u, tapi ada selit2 celah gg u...

arsaili said...

salam..bro mmg full time chef ker?

Mat Gebu said...

salam arsaili..
Uikk tak delah, masak cuma suka2...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.