BEN ASHAARI

Sunday, April 13, 2008

LEMAK PUCUK MANIS

Step By Step 1218

"Lemak Pucuk Manis" ni memang sedap kalau dimasak bersama keledek dan putik jagung, mat rasa frust jugak sebab kedua2 benda tu tak de dalam stok. Ini sejenis sayur yang typical untuk rakyat2 Malaysia, sebab senang nak dapat dan boleh ditanam sendiri dalam pasu!!..

Bahan-Bahannya :-)
Pucuk manis secukupnya (lebih kurang 2 cekak)
1 biji kelapa, diparut
1 biji bawang besar, dihiris
4 biji bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis (rendam, tos dan tumbuk kasar)
1 biji keledek sederhana besar, kupas dan didadu besar
5 - 7 batang putih jagung, potong serong
Garam dan sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Pucuk manis, diasingkan dari batangnya, rendam, cuci dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 800 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan ikan bilis tumbuk, keledek, hirisan bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan putih jagung. Ramas2 pucuk manis tadi sebelum dimasukkan ke dalam santan yang mendidih. Gaul rata dan masak hingga pucuk manis lembut sedikit.
  4. Tuang santan pekat, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan biar mendidih 1 - 2 minit. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan..yumm yumm!!!

1 comment:

Dianne said...

Juga nyaman,selalunya dyg ramaskan dulu,buh daun cengkil jugak.kat cni takde daun cengkil.borneo aje