BEN ASHAARI

Friday, April 4, 2008

KERABU SOTONG & MANGGA

Step By Step 1178

Ini lah yang mat tunggu2 nak buah, tapi payah sangat nak jumpa mangga mengkal. Tapi semalam dapat jugak lah beli yang mengkal walapun macam dah masak sikit, tetap boleh dibuat kerabu....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji mangga mengkal
300 g sotong
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar kerisik
1 biji lemon, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
Sedikit garam*
1 camca teh gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci buang mangga, kupas kulit, racik sederhana halus, ketepikan. Sotong dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Kemudian celur dalam air mendidih bercampur 1/2 camca teh garam selama 5 minit. Tos dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 tumbuk lumat, bawang besar hiris, kerisik, serbuk lada hitam, sos ikan dan jus lemon. Kacau rata
  3. Masukkan sotong dan mangga, gaul rata. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan segera bersama nasi hangat....

2 comments:

nabialishad said...

makan dengan sepinggan nasi panas..air limau suam..pulak tu ada sambal belacan!pehhh cukup yummeh! ehehhe..

KakYu said...

tengok gambar je dah kecur air liur.... emmmmmm sedap botul le rupanya....nangis kepingin aku mat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.