BEN ASHAARI

Sunday, April 13, 2008

IKAN GORENG SAMBAL

Step By Step 1220

Ini resipi biasa2 yang selalu orang lain masak...nak juga ke resipi?..Mat segan laaa sebab dah biasa sangat lauk ni...Tak pelah bagi jugakk, kot2 lain kan dari resipi uolsss!!!!

Bahan-Bahannya :-)
4 ekor ikan kembong, jenis besar
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 batang serai, dihiris*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan halia*
1 hirisan lengkuas*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus2)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, kelar2, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula. Masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan juga bawang besar hiris. Gaul rata. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan....

4 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

feberet kuuu ni mat. masa kat mesia dulu lerr...kalau ikan goreng tak habis..endupnya mesti buat..

dill~noor said...

nk tnye skit kt cik mat..
ape kelebihan ltk buah keras yea?
salu sy tgk org ltk buah keras utk lauk mcm kurma...
tapi taktau plak untuk sambal2 nie bole ltk...

sy budak br bljr..heheh

Mat Gebu said...

siti...
Mmg betul, kalau ada ikan goreng yg semalam2, mmg sesuai kan masak mcm nihh..

dill~noor...
Kelebihan buah keras ni, akan menambah rasa lemak dan boleh memekatkan kuah. Dalam dunia peranakan cina (baba n nyonya), buah keras antara benda wajib dalam masakan...

dill~noor said...

thank you very much!!!
bagus,,rase lemak tanpa kolesterol..tak gitu cik mat
=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.