BEN ASHAARI

Monday, April 14, 2008

DENDENG PARU

Step By Step 1224

Dah beberapa hari nak makan dendeng, tapi daging tak de, cuma ada paru. Paru pun paru laaahhhh....janji boleh dimakan dan sedap. Jom try!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 kg paru lembu, dicuci bersih
3 inci halia, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 biji lemon
Garam dan gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai, dihiris*
1/2 inci halia*
1 /2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*
4 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*(*dikisar atau ditumbuk halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Potong paru kepada 2 - 3 bahagian, rebus bersama halia titik hingga lembut. Angkat sejukkan dan hiris nipis. Gaul dengan 1/2 camca teh serbuk kunyit, gaul rata dan goreng garing. Angkat dan tos atas paper towel. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula (mesti ada rasa sedikit manis) secukup rasa. Gaul rata.
  3. Masukkan paru goreng, kacau hingga sebati dan akhir sekali perahkan jus lemon, gaul rata hingga sambal menyaluti paru goreng tadi. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...

9 comments:

arsaili said...

tak makan internal organ aaa

Mat Gebu said...

Arsaili...
Guna daginggggg...........

Cik Siti Wan Kembang said...

dendeng tu apa ke bende? masakan yg kering ker?

liana m. said...

mengancamnye rupe paru tuh,blakang spital kat penang ni pun ade jual paru, tp kurengg la. huhuhu

Mat Gebu said...

siti...
Yep masakan kering, kalau guna daging, u kena rebus, hiris dan tumbuk hingga leper, pastu goreng garing, baru masak dgn rempah2 dia..

Liana...
Tak minat paru yeaa..boleh tukar dgn daging, kalau ayam goreng pun ok jugak dimasak mcm nihh...

Kasawari said...

Salam AH MAT.. lama tak komen kat sini.. aduhai. paru kegemaran ku .. nak jer drive ker sedenak malam ni.. he he

yasmin said...

Mat, boleh buat kalendar la gambar food kat blog you ni, semuanya terlampau cantik. Sambal ikan pun nampak extra sedap !

zaitgha said...

i like paru but my boys at home do not....so hardly cook this and yours look soooo gud...

belangcoolcat said...

adeehhh, meleleh air liur