BEN ASHAARI

Friday, April 11, 2008

CHERRY CHOC-CREAM CAKE

Step By Step 1203

Semalam masa mengemas kini peti ais (hehehe, sebab nak buat "TAG" makcik2 vouge yang tembak i tuuuu!!), terjumpa satu kotak tepung kek coklat pre-mix jenama NONA, tapi masih belum xpired. Oleh yang demikian terjadilah kek ni.....


Dan untuk mencantikkan kek tu, mat telah menyapu krim dan melapis kek tadi dengan buah ceri berkaleng dalam tin....konon ala2 "Black Forest" laaa....Tapikan tepung kek pre-mix ni sedap jugak tau, dan senang pulak tu, cuma mencabarnya kurang laaa...

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung kek coklat pre-mix (jenama NONA)
5 biji telur gred A
80 ml air
4 camca besar mentega, dicairkan
1 camca teh esen vanilla
Whipping Cream secukupnya (mat guna jenama "RICH")
1 tin Pitted Dark Sweet Cherries (seperti gambar dibawah)
Ceri bertangkai
Sedikit chocolate rice

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Toskan ceri tadi. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung pre-mix ke dalam mangkuk adunan, masukkan juga telur, air dan esen vanilla. Putar hingga kembang, lebih kurang 5 minit. Perlahankan speed, tuang mentega cair dan putar 1 minit.
  3. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 40 - 45 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya.
  4. Potong permukaan kek, biar rata. Kemudian bahagi kek kepada 3 bahagian yang sama saiz. Ambil satu keping kek, sapu dengan whipping cream yang telah diputar tadi, bubuh ceri, dan letak sekeping kek lagi, tekan2 sedikit.
  5. Buat kaedah yang sama untuk lapisan seterusnya dan di akhiri dengan lapisan terakhir, sapu keseluruhan kek dengan lebihan whipping cream dan hias ikut kreativiti masing2...

4 comments:

alin said...

sedap dan cantik kek bang mat ni..tunjukle cara hias guna krim tu..

Fatmawati MN said...

Sedap jer cake Marble dlm gambar kecik tu....teringin nak makan tapi nak bake ....kemalasan la pulak...Cik Mat, tolong poslaju cake tu.. boley?

farahnas irina said...

salam cik mat,

ahkok nak la mencarik dark pitted cherry ittew. Kat mana nak beli eks??? supermarket giant ngan tesco ada jual ker?

cik muntel said...

Apsal sudu ada bawah kek?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.