CAKOI


Jom kita cuba buat "cakoi". Nak beli boleh, tapi tak de ke kita terfikir macam mana lah cakoi ni dibuat dan susah atau senang...

Oleh yang demikian, mat pun mencuba buat cakoi..Eh ok lah tak de lah payah mana, cuma kena ada sedikit kesabaran..Mat nampak kat rumah fidah dan resipi asal dari "Mama Lydia"......

Bahan-Bahannya :-)
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh instant yeast
1 camca teh gula
1 camca teh garam
3/4 camca teh "alum" (boleh dapat kat kedai2 baking)
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh "amonia" (boleh dapat kat kedai2 baking), atau tak payah letak...
1 camca besar minyak
Minyak untuk menggoreng



Cara membuatnya :-)
  1. Satukan alum, amonia, garam dan gula bersama air, kacau rata. Ketepikan. Tepung digaul bersama soda bicarbonate dan instant yeast, kemudian masukkan dalam satu bekas. Buat lubang tengah2 tepung tadi dan tuang bancuhan air dan minyak. Gaul hingga rata dan sebati. Adunan akan menjadi lembut dan melekat2. Alih ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung, bagi 2 doh, buat bentunk panjang, lebih kurang 40 cm. Tutup dengan plastick wrap dan biar 1 jam. (Boleh juga diuli menggunakan Bread Maker, bila selesai waktu menguli lebih kurang 30 minit, keluarkan dari BM).
  2. Ratakan setiap doh dengan tangan sehingga 1 cm tebal, potong2 kepada bahagian selebar 2 cm, rehatkan 10 - 15 minit.
  3. Panaskan minyak, ambil 2 bahagian potongan, tindihkan dan tekan tengah2nya dengan chopstick. Tarik sedikit doh tadi dan goreng dalam minyak sederhana panas, api jangan terlalu besar, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga siap.
Catatan Mat Gebu :- Lagi elok kalau guna kuali yang mempunyai permukaan luas, kerana doh cakoi yang lembut, kita boleh tarik jadi lebih panjang sebelum digoreng.....

Post a Comment

10 Comments

  1. makan panas2 takpun cicah ngan air kopi... perghhh terangkat.

    ReplyDelete
  2. cantik bersarang cakoinya...intan penah buat..renyah juga nk buat eh..byk step..tp kan bro..asai cakoi intan buat tu x selembut cakoi kat gerai tu eh..ada tips?

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kalau cacah dalam kopi panas..I teringin nak buat ni tapi kat sini I tak dapat cari 'alum' and 'amonia'

    ReplyDelete
  4. mat awat bentuk cakoi hang cam tut tut sencored ler ahak

    ReplyDelete
  5. mat, u buat cakoi ni tak ader ker bau yg kurang menyenangkan dari amonia tu .. then colour cakoi turn yellowish ker sal saya buat ada bau & colour dia tukar kuning lah ..

    ReplyDelete
  6. rina...
    mmg betull...ish nak buat lagik laaa mcm nihh!!

    nabialishad...
    tatau pulak yeaa, yg ni sejuk pun lembut...

    gert..
    I buat tak letak amonia, sebab tak de..

    ReplyDelete
  7. noreen...
    Choyyy!!!.. ko ni kan noreen, dah ramai org kata dah bondo tu sama mcm "toot"..

    wafiqah..
    Mat buat tak letak amonia, sebab tak de, tu pasal tak rasa hancing kot, kalau letak pun mungkin 1/4 camca teh atau secubit.

    ReplyDelete
  8. org t'ganu panggil kayu keramat

    ReplyDelete
  9. Try cakoi with porridge? Yummy :)

    ReplyDelete
  10. salam mat,

    laaaa...punyalah susah i cari recipe cakoi...rupa2nya ada dalam my favorite food blog ni (blog you ler...) thanks for sharing!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.