APAM PISANG

Jeng..jeng..jeng...hari ni buat "apam pisang", bila round2 rumah mak lang baru perasan yang mat ada stok pisang emas kat dapur. Jadi boleh leh buat....tak susah senang amat...

Resipi asal dari "Diana" tapi mat kutip kat dapur "Mak Lang". Mat telah melakukan sedikit pengubahsuaian dari resipi asal...mintak halal yea D and Mak Lang...

Bahan-Bahannya (resipi asal boleh rujuk disini) :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

Post a Comment

2 Comments

  1. slm abg mat, mcm mana nk balut tutup kukus dgn kitchen towel tu ?? balut luar ke dlm.leh demo x kat tutup kukus abg mat.baru nk blaja masak la abg mat,maaf atas kedaifan sy hehe..

    ReplyDelete
  2. Thanks so much for the recipe Mat. Akak buat tadi jadi sedap dan lembut. Derhaka sebab nak experiment, buat guna acuan putri ayu and letak kelapa kat bawah jugak tapi pakai tepung pulut campur kat kelapa tu, sebab tepung ubi tak de. Jadi cantik je apam pisang ayu dan sedap sangat. Thanks again!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.