BEN ASHAARI

Sunday, February 17, 2008

SOSEJ ROLL

Sekarang ni macam musim orang buat sosej roll...jadi Mat pun buat juga, untuk resipi roti dia Mat guna resipi bun "Kak Lina"....Mat buat sebahagian dari resipi dibawah dan boleh dapat 10 ketul sosej roll....

Bahan-Bahannya :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"), dicelur 5 minit dan toskan

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Canai doh potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan Bbkar dalam oven pada suhu 180C selama 15 - 17 minit.
  3. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

3 comments:

liana m. said...

cik mat, pekabar? lame gak tak singgah. heheh. i da balik mesia dah, bukak blog cikmat nmpak sosej roll, tp tak terliur sbb dah puas makan sosej kat dublin. haha. terliur tgk masakan melayu jer! :D

Mat Gebu said...

salam dr..oh dah balik M'sia ke...alhamdulillah...oooo yelah kan dah puas makan sosej kat sana, kini tiba nak makan masakan melayu pulak yeaa...i wish u all the best lah Dr Lenot...cute name.

MamaFaMi said...

Ngancam sih sosej roll mu ni Mat!