BEN ASHAARI

Friday, February 29, 2008

NASI AYAM

Hari ni kita makan nasi ayam yeaa....Tapi dijamin lepas makan takkan sorang pun akan berkokok atau berketak macam ayam....ahakss!!!!!

Mat saja suka2 nak mencuba...kalau nak beli boleh dan senang, tak payah bersusah payah kat dapur....Tapi kalau buat sendiri puas hati wooooo!!!!!

Bahan Utama :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit
6 cawan stok ayam (resipi dibawah)
2 helai daun pandan
2 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih dititik

Bahan Stok Ayam :-)
500 g rangka ayam
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuib ayam "MAGGI"
2 batang serai
2 helai daun bay
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 sup bunjut Adabi*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*untuk kegunaan kemudian)

Bahan Perap Ayam :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih, dan kelar2
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Sos :-)
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji tomato*(*dikisar halus)
2 camca besar cuka makan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Lain :-)
Daun salad
Timun
Tomato
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK STOK :- Rangka ayam dicuci bersih dan masukkan dalan periuk bersama semua bahan2 untuk stok kecuali serbuk lada hitam dan sup bunjut. Tuang 3 liter air, masukkan garam dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih 30 - 45 minit. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Kemudian asing kan 6 cawan stok tadi untuk memasak nasi. Tambah sup bunjut dan serbuk lada hitam pada lebihan stok, didihkan 15 - 20 minit lagi.
  2. UNTUK AYAM :- Gaul semua bahan2 perap untuk ayam, tambah garam anggaran 1/2 camca teh, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap. Ayam boleh dipanggang atau digoreng hingga masak. Kalau goreng guna api sederhana.
  3. UNTUK SOS :- Campurkan bahan kisar halus bersama sos cili, sos tomato, gula dan garam. Masak atas api perlahan hingga pekat. Tambah cuka dan gaul rata. Masak sekejap lagi dan sesuaikan rasa. Angkat dan sejukkan.
  4. UNTUK NASI AYAM :- Toskan beras tadi dan masukkan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan masukkan daun pandan, halia dan bawang putih titik tadi. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, gemburkan nasi menggunakan chopstick...
  5. CARA MENGHIDANG :-Ayam tadi dipotong kepada bahagian2 kecil, ceduk kuah sup dan tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Senduk nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Hidangkan bersama ayam, sos dan sup....boleh lah menjamu selera...

4 comments:

KakYu said...

mat..klu masuk blog cik mat ni 2 perkara kakyu minat sgt...1 masakan pastu yg pinggan2 taruh makanan tu...cantik2 belaka.... classic gitu...

noreen said...

mat mmg tatak sapa2 pun berkokok tapi cume hang sorang je ahak dok berkokok pepagi bute

PINATBATE said...

koleksi pinggan mangkuk bang mat ni cantik-cantik lah..

Aidan's Mama & Papa said...

my favourite! memang betul pinggan mangkok mat ni semua cantik cantik! and this is my absolute favourite! beli kat mana mat?! lagi satu tu pon kita suka.. yang ada bunga rose macam lama lama nya tu. kalau makan mee rebus hj wahid dulu dia letak dalam mangkok tu! kalau kita dapat pinggan pinggan mat ni semua kita frame!!!!! :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.