KUIH TIRAM


Hari tu mat chat dengan "Shamen", dan bercerita pasal resipi yang kak lina tanya, Fidah (Shamen tu nama abah dia!!) dengan baik hati dia (di Australia) sanggup call ibu dia yg berada di Malaysia untuk bertanya resipi. Dia kongis dengan Mat, semalam fidah buat, hari ni mat pulak buat.....Jom cuba.

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung gandum
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
6 camca besar tepung jagung*
6 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau hingga menjadi paste)
Gula kastor secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :-)

  • Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  • Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).
  • Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.
  • Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.
  • Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan goreng...tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

Post a Comment

14 Comments

  1. tingat kat arwah mak...dia mmg suka buat kueh ni..kt tukang goreng jerr!!!

    ReplyDelete
  2. Timekacih Mat.... kak wa dah dapat idea ni. Inilah kudapan yang kak wa suka dari kak wa kecik-kecik sampai ke tua ni. Tapi tak pernah membuatnya .InsyakAllah bersemangat ni nak membuatnya.

    ReplyDelete
  3. Mmm...paste dia tu guna tepung jagung eh, bukan tepung sagu? Ma rasa resipi yang diajar kat mama dulu, guna tepung sagu. Kami panggil kuih ni lidah buaya... tak tahulah tang mana yang resemble buaya punya lidah tu.. wakakakaka....

    ReplyDelete
  4. Wah..sedapnye kuih ni. Dah lama x makan..nyum..nyum..

    ReplyDelete
  5. cik mat, dh macam yg packed kt kedai runcit dpan umah ni ha! waaaa, bes nyeeee!!

    ReplyDelete
  6. dulu masa kecik2 suka makan kuih ni... tp kena tadah ngan tangan sbb senang hancur berkecai.

    ReplyDelete
  7. are..
    Org dulu2 ni kreatif kan dalam hal masak2 nihh..dah lah tu nama pun unik2 semuanya...al-fatihah utk arwah ibu Are yeaa....

    ummu ati..
    Cuba jgn tak cuba, sebab senang dan mudah..mat pun tak sangka senang je buat dia..

    harni safarina...
    Boleh cuna kalau ada masa..sebab senang je buat dia..

    syazawaniadnan...
    "adana" tu nama betul mat tau..ahakss..Eh kalau nak makan tak sempat buat boleh beli sebungkus kat kedai depan kan...

    rina...
    Mmg betul, sebab dah lah rapuh pastu rangup, sah2 berterabur, lagi satu kalau makan tak bley borak2, kena sopan santun...hehehe

    ReplyDelete
  8. Bang Mat, this is the first time I tengok kuih ni. Very interesting.

    ReplyDelete
  9. Saya suka kuih Tiram ni.. suka sgt2 bila raya.. kat Ulu Tiram byk jual.. he he..

    Nak cuba lah suruh Linda buatkan waktu PRU ni.. he he

    ReplyDelete
  10. Isk isk isk...Mat tak jawab pun soalan mama.... :(( :(( :((

    ReplyDelete
  11. mamafami....
    Mintak amponn dari hujung rambut hingga hujung kaki, kesian kat mama, siap pakai baju lip lap, mat leh terlepas pandang..ampooonn...pasal penggunaan tepung jagung tu, mat rasa kalau guna tepung sagu pun ok juga...bila sebut kuih lidah buaya/kuih lidah kucing/kuih tiram dan apa jelah, rasa semua sama cuma nama je lain2...kan mama?

    Gert...
    Kuih ni sedap dan senang nak buat....

    Kasawari..
    Salam kasawari, kuih ni senang, kalau ramai2 tolong buat lagi senang, kalau ramai2 tolong makan lagi cepat habis...hahaha..

    ReplyDelete
  12. Kuih ni mat, dah lama ada di 'persada' makanan ringan Melayu kita.Seingat saya, 1st time saya buat waktu umur saya belasan thn lg. Nama kudapan ni kami sebut kuih layang-layang. Gamnya, seperti kata MamaFaMi, saya buat drpd tpg kanji dan minyak. Kalau dibuat dgn teliti dan bnyk lapisannya, teramatlah sedap!! Ada juga yg membuat versi spicyia iaitu dgn dibubuh jintan & santan dan tanpa dibubuh gula. Rasanya juga enak. Bila tgk Mat buat kudapan ni, mcm teringin nak buat gak! Bila eh?

    ReplyDelete
  13. biasa klu sue nak mkn kuih ni,request kat tok je..suh buatkan..hehehe. sedappppppppp

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Che Mat, first time nk tinggal jejak nih..he he.., nk tanya...apesal kuih tiram saya cepat lemau ek? Adakah kena salut gula mada panas2? Saya tunggu sejuk baru dalut ngan gula pastu baru simpan dlm bekas...sebab tu ke lemau?? Tgh berkobar nk wat kuih raya ni... Tq Che Mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.