BEN ASHAARI

Thursday, February 28, 2008

GULAI JANTUNG PISANG

Hari ni masak jantung pisang, mat saja2 letak tempoyak, bagi yang tak makan tak payah lah letak, dan rasa dia masih lagi mengancam maut uuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan pati santan
1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

5 comments:

MyPeriukBelanga said...

matt, tadak ken lain ker yg ekau nk buat alas, ken batik wiron aku jugak yg ekau pake yo matt! patut sejuk betis aku sampai bodiri bolu kaki den topakso tutup ngan payung dak mary poppin tu ha!
shantek pinggan tok2 ni lebih seksi dari RA yo matt!

Mat Gebu said...

hahaha...
Kak nis, itu kain batik dari Sarawak uuu...kalau gulai tu boh dalam RA, mcm tak kena kan, yelah lauk melayu..mana leh dok dalam pinggan Inggeris, marah tok nenek guaa nanti!!!

rina said...

giler happy kalu bleh berjiran ngan mat ni... kat mana rumah... nk p sewa barang sethn 2... hahaha. jd lapar tiba2...

jo ayee said...

last 2 week pun makan jantun gpisang ..seketul dekat 3 euro..tp kelat sgt2..dah tua kot..beli gak..i celur ajer makan ngna budu ygng tinggal2 sudu lagi..huks..

Mat Gebu said...

rina...
Mat kan, duduk kws kampung, very rural area tau..nak ke sewa kat sini, bila malam suasana jadi seram ala2 cerita dalam novel2 "Stephen King"..sanggup ke?

Jo...
Kita kalau kat Msia terutama kat kampung jantung pisang boleh dpt yg sedap2 kan...pisang hutan pun sedap, lemak sgt..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.