BEN ASHAARI

Wednesday, February 13, 2008

CROISSANT

Teruja sangat tengok "Kak Rozie" buat croissant, jadi mat cuba2 lah buat juga, resipi asal dari Alex Goh...walaupun tak secantik mana, tapi rasa ok, not bad at all!!!!!



Lebih2 doh tu, mat buat croissant seperti gambar di atas, sedap dimakan bersama jem..yum yum!!!

Bahan-Bahannya :-)
210 g tepung roti (high-protein flour)
90 g tepung gandum
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
30 g gula halus
1/2 camca teh garam
15 g susu tepung
2 camca teh instant yeast
180 ml air ais
45 g mentega
120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)

Cara membuatnya :-)
  • UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • PENYEDIAAN DOH UTK CROISSANT :- Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan. Keluarkan doh dari freezer, canai doh sehingga 1 cm tebal. Letak pastry margarine pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastry margarine.
  • Canai doh berhati sehingga menjadi 1 cm tebal, biar doh menjadi segi empat memanjang.
  • Lipat doh seperti dalam gambar di bawah.
  • Kemudan canai memanjang ke hadapan seperti dalam gambar.
  • Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.
  • UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :- Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.
  • Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi, canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.
  • Gulung dari belakang ketat2 secara berhati membawa ke depan sehingga ke bucu doh, kemaskan. Bengkokkan kiri dan kanannya supaya membentuk seakan2 bulan sabit.
  • Alih doh yang siap dibentuk ke dalam loyang yang telah di lenser sedikit mentega, Buat hingga siap dan biarkan 45 minit sehingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit atau hingga masak. Bergantung pada keadaan oven masing2...Selamat mencuba untuk semua!!!!

8 comments:

noreen said...

mat nie baby ketam ke ape? sejak bila ko bele ketam mat nie tongah golak guling2

MyPeriukBelanga said...

noreen ni mmg suka gelak kan org, matt satu hari kalu si noreen ni jalan nyenget cam ketam, kita punya turn pulak tawakan dia wokeyy thambii?? dah jgn nangeh2 lagi, buruk cam ketam taww...

matt, nak komen, ahak (aku ktawa dulu lah), pandai matt wat lawak buat kroisen ala2 ketam genjong eh? berdiri cantik jer 5 sekawan cam penari ballet waaakakaka...ini ketam aku gelarkan ketam star karat lah!

Jie said...

eee...bila tgok step by step...baru best......cayalah mat


lawa ketam tu

Diri saya said...

mat..saya pinjam gambo dan resepi puding sagu dalam blog saya eeikkkkk

http://ruszia.blogspot.com

Ummi said...

Fuuh, cayalah mat..apa depa gelak kat hang ni..ish ish x baik tau usik cam tu..keh keh..Tapi betullah mat cantik berdiri je mat letak croissant tu..eh eh ya ke cam ketam..depa tu mata kelabu kot, ketam dengan croissant x kenal ni..hehe..Mat, hang pi tembak lah budak2 tu..nyakat x abih..

Salute lah mat, rajin sungguh tangan mencanai camgtu sekali..akak surrender dulu le..tapi kalu bagi 2 hari 2 malam siap le kot..hehehh

Mat Gebu said...

noreen...
Ini ketam sepesel dari Kulai, tak do tau kat UK...

Kak nis..
Biarlah sapa pun nak gelak..pakcik tak kesah, suka ada laaa..pstt kalau nak ketam cakap jgn gedek2 pulak..masak chili crab s'pore style pun sodap!!!

kak jie..
Boleh lah, tak xpert lagi kak jie, rupa pun ala org lepas sunat, kengkang jeek!!!

ruszia...
boleh mat izin kan..

kak ummi..
kalau 2 hari 2 malam, sure ketam tu dah balik ke laut..ahakss

zaitgha said...

u got my salute on this Che Mat....i always shy away from bread making coz i dont know how to knead by hand he he.....

come to Seremban and do a demo for me la.....

MamaFaMi said...

Mula tu ingatkan nak usik Mat gak, tapi bila terbaca komen Ummi, saper sakat Mat nanti kena tembak, tak jadilah nyakat! Wakaka...nak idup beb!
Ma buat croissants ni adalah sekali, lepas tu tak kuasa. Asik keluar masuk fridge je. Malas. Hehe...