BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

TAUHU TULIP

Jeng....jeng...jeng....hari ni buat "tauhu tulip" resipi ni asal nya dari "Chef Nor Zailina Nordin"..Dah bertahun2 mat simpan resipi ni, kalau tak silap diambil dari majalah Jelita tahun 1992..bulan tak ingat pulak. Dan dah banyak kali mat buat. Di samping sedap dan kulitnya rangup, isi dia pulak aduhhh mak..begitu nyamannn sekali u....nak rasa?....boleh leer cuba membuatnya....untuk teknik langkah demi langkah, boleh lihat disini...

Bahan-Bahannya:-
200g keledek
185 g ikan tuna dalam tin
2 tangkai daun sup, hiris halus
2 tangkau daun bawang. hiris halus
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji telur
Garam dan lada sulah secukupnya
12 biji tauhu "pok"
12 biji cili padi merah

Cara membuatnya:-
  1. Tauhu pok dibelah sedikit dibahagian atas, kemudian dari belahan tadi belah lagi kepada 6 bahagian. Kemudian dengan berhati2 terbalikkan tauhu tadi. Kikis sedikit isinya dan ketepikan. Buat hingga siap.
  2. Keledek dikupas, potong dan rebus atau goreng hingga lembut. Lenyek hingga lumat dan gaulkan dengan isi tauhu tadi dan juga semua bahan selebihnya kecuali cili padi. Perasankan dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Ambil satu tauhu yang berbentuk bunga tadi, isi 1 - 1 1/2 camca teh inti ke dalam kulit tauhu dan kemaskan. Cucuk 1 cili padi pada permukaan inti. Buat hingga siap. Boleh digoreng secara deep fry dengan api sederhana. Angkat bila tauhu menjadi kuning keemasan. Boleh dimakan bersama cili sos atau apa sos kegemaran...
  4. Jika inti berlebih, boleh dibentuk2kan, celop dalam telur dan goreng hingga kuning. Angkat dan toskan atas paper towel..(seperti gambar dibawah)

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.