BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

TALAM MANJA MENTUA...

Petang tadi macam terseru pulak nak cuba satu resipi Kak Lina @ Ho Ah Lin yang disiarkan dalam majalah Jelita 1999....Tapi tatau lah mat silap ke, hasil dia tak secantik seperti dalam gambar. Rasa2 mat dah ikut semua procedure dengan betul. Yang dalam majalah tu lapisan bawah dia licin dan cantik, tapi mat punya seakan2 'cream caramel", ada lubang2 kecil. Tapi bahagian atas dia cantik dan licin, cuma mat punya kaler coklat dia kurang....apa pun rasa dia memang sedap!!!..tak pa nanti mat tanya dengan tuan punya resipi yeaa!!!

Bahan A (untuk lapisan bawah)
3 biji telur gred A
80 g gula pasir
250 ml pati santan
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning

Bahan B (untuk lapisan atas)
80 g gula merah* (mat guna gula melaka)
20 g gula pasir*
150 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga larut, sejukkan)
2 biji telur gred A
200 ml pati santan
30 g tepung gandum
40 g tepung beras
Secubit garam

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (7 x 7 x 3) inci dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN BAWAH:- Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tapis adunan dan tuang ke dalam bekas tadi. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
  3. UNTUK LAPISAN ATAS:- Satukan semua bahan2 B dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tapis adunan dan kemudian tuang perlahan2 atas adunan lapisan bawah yang telah masak tadi. Sambung mengukus 30 - 35 minit lagi. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan...Selamat mencuba!!
  4. TIPS DARI HO AH LIN:- Untuk adunan bawah, telur dan semua bahan2 A, kena dikacau perlahan2 (ala2 manja gituu)...baru hasil dia licin dan tak jadi seakan2 cream caramel seperti mat buat tu dan jika nak kuning lagi boleh tambah 2 camca besar tepung kastard..harap maklum semuaa.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.