BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

SAMBAL IKAN PARI

Semalam bonda mat ke Batu Pahat....bila balik tengok dia bawak ikan pari masin. Dalam pala otak terus nak masak sambal tumis ikan pari esok...Jeng...jeng..jengggg.....hari ni, pagi2 dan bangun rendam ikan pari tu dulu biar lembut dan kurang masin, lepas tu pakcik pun masak leerr...aduh u, sedapnya...kalau ada ubi rebus lagi leerrr meletoppp!!!!!

Bahan Utama:-
Ikan pari kering secukupnya, rendam 1 - 2 jam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca besar asam jawa, campur dgn 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
1 cawan cili kisar (atau lebih)

Bahan Tumbuk Halus:-
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 keping nipis hirisan halia
1 keping nipis hirisan lengkuas
1 inci belacan
2 biji buah keras

Cara membuatnya:-
  1. Ikan pari masin ditoskan dan cuci, potong sederhana besar dan goreng dalam minyak hingga ikan masin 3/4 garing. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Kemudian masukkan jus asam jawa dan ikan masin tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan garam (sedikit saja), gula ( lebih kurang 1 camca besar) dan serbuk perasa, jika suka. Gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa masin dan manisnya. Jika ok, masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut dan sambal sedikit kering. Angkat dan hidangkan.....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.